International Book Fair 2010 : Rindu yang terubat

Rasa hampa dan juga sedih dihati kerana tidak dapat mengunjungi pesta buku antarabangsa yang kini sedang berlangsung di PWTC bermula pada 19 sehingga 28 March 2010.

Mungkin salah satu puncanya kerana jarak lokaliti yang sangat jauh diantara Terengganu dengan Kuala Lumpur.Ditambah pula dengan terpaksa berjimat cermat dengan duit simpanan PTPTN saya yang semakin berkurang, maklumlah praktikal tidak bergaji..

Sebagai salah seorang peminat ‘membeli buku‘, yang belum tentu menjadi peminat ‘membaca buku’, sudah pasti melawat pesta buku antarabangsa ini menjadi satu kemestian. Namun saya akur untuk berhenti seketika membeli buku dalam tempoh terdekat ini kerana masih terlalu banyak buku yang perlu saya habiskan dalam tempoh praktikal ini.

Cukuplah pesta buku di Terengganu baru-baru ini menjadi pengubat rindu dihati.

Masih terngiang-ngiang di gegendang telinga saya tentang pesanan keramat ustaz Hasan, mengenai cara-cara meyemai tabiat membaca ini.

“Jangan kamu alihkan buku yang sedang dibaca kepada buku yang lain sehingga kamu habiskan buku yang dibaca itu dahulu”

Miskipun agak sukar untuk saya mengamalkan apa yang dipesan oleh ustaz, namun suka untuk saya membina prinsip yang tersendiri.

“Bacalah sebanyak manapun buku yang kamu mahu, akan tetapi apabila bermulanya kamu membaca pada muka surat yang pertama maka kamu perlu habiskannya sehingga ke muka surat yang terakhir.”</em>

Miskipun prinsip yang berbeza, namum matlamat tetap jelas dan sama,
BACA JANGAN TAK BACA!!

Dibawah merupakan antara koleksi buku yang saya sedang dan masih belum membaca sepenuhnya, sekadar perkongsian.

~ oleh ustaz2engineer di 24 Mac, 2010.

Tinggalkan komen