Menonton filem negara Iran

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Sedang saya menonton perlawanan siaran ulangan antara Manchester United bertemu dengan Liverpool di channel 802,tiba-tiba hati saya tergerak untuk menukar siaran kepada Astro Oasis.

Kelihatan pada masa itu berlangsung filem daripada Iran, The Tear of The Cold. Miskipun tidak sempat mengikuti cerita bermula dari awal, namun minat untuk menonton siaran sehingga habis tidak pernah padam kerana menonton filem daripada negara Iran menjadi kesukaan saya.

Berikut merupakan sinopsis daripada filem tersebut.

Pictures the story of a soldier expert at defusing mines and a Kurdish shepherdess, apparently just grazing her flock in the war zone, but deep inside full of hatred with army forces. In the chilly border zone of Kurdistan, where the soldier keeps defusing mines, and the girl keeps helping guerrillas laying mines, who can ever imagine the day that they trust, or even die for each other?

Filem ini pernah memasuki festival filem antarabangsa, antaranya;

1- Montreal Film Festival (Cinema of Asia) Canada/ Aug26-Sep6, 2004

2- Fukuoka Int’l Film Festival, Japan/ Sep10-20, 2004

3- Pusan Int’l Film Festival, A Window on Asian Cinema, South Korea/

Oct 7-15, 2004

4- Gene Siskel Film Center, Chicago USA/ October2-31, 2004

5- London Kurdish F.F. England/ October 22- November 4, 2004

6- Fort Lauderdale Int’l F.F, Florida, USA/October 28-November 13, 2004

7- Museum of Fine Arts, Boston USA/ November 2004

8-Dubai Int’l Film Festival, UAE/ December 6-11, 2004

Terlalu panjang untuk diceritakan dalam blog ini, namun kisahnya sangat menyayat hati. Saya kagum dengan producer filem dari Iran yang membawa plot kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat. Kemudian diadun dan diolah dengan dihiasi adab dan nilai akhlak masyarakat setempat.

Kisah pertemuan diantara askar dengan musuh, terpaksa berlindung di dalam sebuah gua yang dilitupi ribut salji yang lebat. Akhirnya membuahkan benih-benih percintaan yang suci hasil daripada usaha menyelamatkan nyawa antara satu sama lain.

Juga konfik yang diketengahkan tentang perbezaan etnik, yang mana puak Kurdis ini mengingatkan saya tentang pahlawan Islam terbilang, Salahuddin Al Ayubi juga berasal daripada puak ini..

Namun endingnya cukup menyayat hati..

Teringin dihati saya untuk menjadi seorang penulis skrip dan produser filem, kalau diizinkan Allah kerana minat yang mendalam untuk menghasilkan filem islami ini…

ustazengineer,
Mac 2010.

~ oleh ustaz2engineer di 23 Mac, 2010.

Satu Respons to “Menonton filem negara Iran”

  1. sokong lah filem dari iran. Ia amat berbeza dan penuh dengan nilai2 dan pengajaran. Saya tidak pernah melepaskan peluang utk menontonnya di astro oasis @ TV al-Hijrah. Malah ia boleh membuatkan seseorang yg keras hatinya…..at the end of the story….menitiskan air mata. Filem kita jauh ketinggalan dan kita dahagakan filem seumpama ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: