Terima Kasih Daun Keladi..

thanks a lot..

thanks a lot..

Tiada kata-kata yang paling sesuai diungkapkan melainkan ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang dikenali dan juga kepada pengunjung yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini.

Hanya kepada Allah s.w.t saya memanjatkan kesyukuran kerana tanpa keizinanNya maka saya tak mampu menggerakkan jari jemari ini untuk membantu perjuangan agamaNya.

Bermula dari tempoh blog ini diterbitkan, hinggalah pada hari ini ramai dikalangan sahabat-sahabat yang dikenali dan juga tidak meninggalkan respon positif dalam setiap artikel saya.

Miskipun satakat ini angka yang tertinggi sekali dalam sehari iaitu hampir mencecah 70 hits, namun saya bersyukur kerana blog yang tak berapa popular ini masih dikunjungi ramai.

Saya terkejut, apabila melihat masing-masing memberi komen yang menyentuh hati saya. Terharu apabila mereka secara jujurnya memberi respon dan feedback yang membina dalam memberi dorongan dan sokongan di atas kewujudan blog yang usia masih setahun jagung ini.

Disitulah saya menilai bahawa mungkin berdasarkan kepada tema blog ini yang bercirikan ‘professional muslim’ dan juga setiap artikel yang di tulis turut memainkan peranan yang penting dalam menjadikan ia sebagai suatu attraction yang kuat dalam menarik minat pengunjung.

Juga hiasan luaran turut memainkan peranan dalam meningkatkan mood pengunjung bersesuaian dengan objektif blog tersebut. Miskipun kadang-kadang saya posting apa-apa sahaja artikel yang tak ada kaitan.

Masih lagi banyak kekurangan di atas artikel yang disediakan. Juga dihambat oleh masa yang tidak pernah lekang walaupun sesaat meninggalkan kita. Namun saya akur mereka yang lebih sibuk daripada diri saya tetap masih mampu menyebarkan dakwah di alam siber.

Terima kasih di atas sahabat-sahabat seperjuangan di luar yang memberikan komen kepada blog saya ini. Cuma persoalan saya bila lagi sahabat-sahabat nak membina blog sendiri? Takkan asyik tengok blog orang lain saja..

Sebagai tanda penghargaan, di sini saya sertakan page baru untuk sahabat-sahabat tinggalkan testimoni masing-masing. Harap dapat memberi teguran dan berkongsi ilmu.

Salam perjuangan.

Ustaz Engineer,

Ogos 2008.

~ oleh ustaz2engineer di 24 Ogos, 2008.

4 Respons to “Terima Kasih Daun Keladi..”

  1. Salam perjuangan.

    Blog yang cukup bagus. Teruskan perjuangan.

  2. Salam, sy dpt sesuatu daripada blog ni..Syukran jazilan

  3. salam. blog yang bagus. terus dakwah. best kalau dapat kaitkan ilmu kejuruteraan dan kaitannya dgn Islam. Terasa ada manfaatnya kita belajar engineering ni. apepun, syukran..mg ada ‘engagement halimunan’ yang baik sepanjang kita berblog

    untuk blogger yang lain, teruskan menulis dan menjadi pendakwah ‘halimunan’ (MAKSUD SAYA, BERDAKWAH DI ALAM CYBER, XNMPAK TAPI TERASA KESAN DAKWAH ITU)

  4. Syukran atas komen yg diberi. Insyallah masa masih lg pnjg untuk saya lontarkan idea2 yg menarik didlm blog ini. Berkenaan ttg kaitan antara ilmu engineering dgn islam, masih lagi dlm proses. Insyallah akan menyusul kemudian.

    Teruskan membaca..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: