KEHIDUPANKU DI DUNIA MSET..

Alhamdulillah, kini sebulan lebih saya menjalani latihan industi di bumi MSET yang tercinta ini. Sudah tentu suka duka, pahit getir berada dalam dunia realiti yang cukup berbeza dengan dunia di kampus. Pada awalnya saya agak kurang selesa dengan kehidupan baru di tempat orang. Namun hakikatnya itulah dunia pekerjaan.

Manusia telah diaturkan dalam bentuk satu sistem yang teratur bermula di awal pagi memulakan tugas mencari rezeki bumi Allah s.w.t ini. Kemudian berpusu-pusu di waktu petang untuk pulang ke rumah masing-masing, beristirehat bersama keluarga dan kumpulkan tenaga bagi menjana aktiviti keesokan harinya.

MSET pilihanku..

Pada semester lepas saya telah menerima 5 tawaran placement untuk latihan industri. Namun semua tawaran di tolak kecuali satu sahaja iaitu MSET Corporation Sdn. Bhd. Miskipun tiada elaun, namun saya memilihnya atas sebab-sebab tertentu.

Pada asalnya saya sangat berminat dengan dunia ‘marine engineering’ kerana rekabentuk kapalnya. Semua sedia maklum bahawa semua bentuk kapal adalah simetri, dimana design sebelah kiri dan kanannya adalah sama. Juga ada banyak lagi rekebentuk kapalnya yang sangat unik untuk dipelajari.

Selain itu kawasan persekitarannya di perairan pantai Terengganu iaitu di Pulau Kambing sangat indah menyebabkan bekerja di sana hilang rasa stress kerana di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kadangkala sewaktu menjalankan test speed boat, kami berpeluang menaiki boat berlayar di kawasan sekitarnya.

Saya ditempatkan di bahagian Technical and Design Department. Alhamdulillah saya diberikan meja dan juga kerusi untuk melakukan kerja seharian. Di sini kami berpeluang untuk merasai aktiviti yang dijalankan oleh staff di sini sama ada dari segi membuat drawing menggunakan application AutoCad, melawat tapak projek untuk test boat dan sebagainya.

Saya rasa bertuah kerana mempunyai supervisor yang sporting dan dia memberikan peluang yang luas kepada kami untuk explore sesuatu perkara dan sudi untuk menjawab segala persoalan yang kami kurang fahami.

Insyallah jika ada masa saya akan sambung lagi tentang kisah ini..

Ustazengineer,
January 2010,
Kuala Terengganu.

~ oleh ustaz2engineer di 3 Februari, 2010.

5 Respons to “KEHIDUPANKU DI DUNIA MSET..”

  1. Assalamualaikum…

    Saya baru mendapat panggilan utk praktikal di MSET engineering, Kerteh dlm bidang instrumentasi.. Saya lepasan diploma dan sekarang menjalani short course INSEP.
    Jika tidak keberatan saya ingin mendapatkan pandangan saudara mengenai praktikal di sana…

  2. Waalaikumsalam w.b.r..
    syukran akhi kerana sudi bertanyakan soalan.
    MSET sebenarnya mempunyai banyak anak syarikat.
    shipyard di Pulau Kambing,lebih tertumpu kepada
    membaiki dan membuat kapal.
    kalau di Kerteh bukan.
    cuma bagi saya fokusnya lebih kepada engineering
    oil and gas.
    boleh rujuk website dia..wslm.

  3. Assalamualaikum..
    Terdapat tawaran kerja sebagai IT EXEC di MSET K.Trg
    Apa pendapat anda tentang IT di sana? Berapa ramai kakitangan IT?

  4. salam, saya dapat praktikal kat tempat yang sama
    dalam bidang safety, saya mahu bertanye
    adakan ianya tempat yang sesuai dan bole mengajar saya tentangnya dengan selanjutnya :) sekian

  5. salam…sy ingin brtnye..sy sdg mncari tmpat utk prktikal…sy student politeknik….adakah MSET ade mngambil bdk prktikal dlm mechanical engineering??….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: