6 THINKING HATS

six_thinking_hats_6x41

Salam pertemuan..

Dikesempatan masa yang ada dalam musim peperiksaan ini ingin saya berkongsi dengan anda tentang satu artikel menarik yang membincangkan tentang teori yang diperkenalkan oleh  Edward de Bono iaitu 6 Thinking Hats.

6 Thinking Hats adalah salah satu topik yang dipelajari di dalam kelas Critical and Creative Thinking saya. Kebetulan tak lama lagi saya akan mengambil exam untuk paper tersebut, maka ia mungkin menjadi advantages bagi saya dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk memahami definisi 6 Thinking Hats dalam versi Bahasa Melayu. (maklumlah, lecturer speaking fully english dalam kelas!).

Topik ini sangat menarik kerana ia menyentuh tentang cara pemikiran manusia untuk di aplikasikan di dalam bidang pengurusan dan juga penyelesaian masalah harian. Dan saya tak berhajat untuk menghuraikan secara detail tentang artikel ini disebabkan kekangan masa yang ada.

Terima kasih juga kepada lecturer saya yang memberi penyampaian yang cukup efektif dan menarik dalam memahami apa yang diajarkan oleh beliau.

Semoga beroleh manfaat!

41fwh3s2qql_sl500_aa240_1

1. Topi Hijau ( Green Hat )

  • Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.
  • Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea.
  • Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.
  • Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir.
  • Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah.

2. Topi Kuning ( Yellow Hat )

  • Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif.
  • Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif.
  • Topi kuning digunakan bagi mencari  segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.
  • Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan .

3. Topi Putih ( White Hat )

  • Topi putih melambangkan pemikiran objektif.
  • Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis.
  • Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata.
  • Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif.

4. Topi Hitam ( Black Hat )slide-rule-front

  • Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif.
  • Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan.
  • Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.
  • Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan.
  • Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami.

5. Topi Merah ( Red Hat )

  • Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional.
  • Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.
  • Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.
  • Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada.

6. Topi Biru ( Blue Hat )

  • Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai.
  • Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas.
  • Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.
  • Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua.

Ustaz Engineer,

November 2008

~ oleh ustaz2engineer di 6 November, 2008.

8 Respons to “6 THINKING HATS”

  1. setakat yang sy phm..setiap manusia dianugerahkan Allah dgn keenam-enam jenis thinking hat kan?

    • Setiap manusia dianugerahi characteristic yang bebeza. itu uniknya berada di dalam organisasi..

  2. salam…syukran la utk tajuk ni…kami nk mintak izin utk wat nota cct tau..hehe…fhm lebih pnting dr hafal nota dlm english yg tk fhm tu..teruskan mentranslate ye…

  3. salam
    macam mane nak tau, kite gune topi kaler ape?

    • Kita boleh cermin pada diri kita dengan melihat potensi yang ada. kemudian bandingkan dengan hats yang ada.

  4. salam,sy pun turut mengambil kelas critical thinking…Sy ingin meminta pendapat saudara… saudara ada idea x bagaimana untuk menggunakan segala topic dalam critical thinking untuk dijadikan sebagai sbuah drama?..harap saudara dpt emnolong sy,walaupun sdikit…

    • salam..satu idea yang baik untuk adakan drama daripada critical thinking. dah lama tinggalkan kelas critical thinking.
      nanti saya cuba..

  5. mohon share TQ

Tinggalkan komen