MERINDUI SENTUHAN SANG MURABBI

Sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak meng’update’ blog ini. Niat asalnya ingin menukar kepada blog yang baru daripada wordpress kepada blogspot, namun atas permasalahan leceh dan cerewet maka saya ambil keputusan untuk meneruskan juga penulisan di alam maya melalui blog ini.

Kini hampir dua bulan saya praktikal di MSET Corporation Sdn.Bhd, Pulau Kambing Kuala Terengganu. Sebuah syaikat 100% bumiputra dan beroperasi untuk mebuat dan memperbaiki kapal. Alhamdulillah, segala cabaran, pahit manis, asam garam dapat ditempuhi di dunia realiti yang sangat berbeza dengan alam di kampus. Insyallah saya akan tuliskan artikel penuh berkait tentang pengalaman saya sewaktu berada di dunia MSET.

Namun dalam masa terdekat ini ingin saya bertemu dengan seorang ustaz yang sangat disegani. Beliau juga adalah seorang ‘doktor’ yang dapat merawat hati-hati manusia yang kekosongan jiwa. Dalam situasi gawat ini jiwa saya sangat kosong, seakan memerlukan sentuhan ‘sang murabbi’ bagi mendidik jiwa yang tinggal berjauhan daripada sahabat-sahabat nun jauh di sana.

Sedikit syair khas untuk dikongsi bersama..

Pabila iman senipis kulit bawang

Wahai Tuhan ku merintih kesedihan,
Terkenangkan dosa-dosaku di masa silam,
Mengharapkan keampunan,
Moga terbuka sinar harapan.

Kini aku tinggal keseorangan,
Jauh dari teman-teman seperjuangan,
Hidup di alam realiti,
Menempuhi dunia Latihan Iman.

Saat ku berpijak di dunia nyata,
Baru ku sedar tinggi dan rendahnya langit,
Pabila iman menjadi taruhan,
Amal menjadi saksi kepada lisan di bibir.

Ya Allah,
Begitu rendahnya amal fardhi ku,
Al-quran,mathurat,solat sunat dan tahajudku,
Menjadi kian longgar,
Akibat hanyut dibuai arus cinta dunia.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih,
Berilah aku sinar hidayah,
Teguhkanlah imanku,
Cekalkan hatiku,
Moga bisa ku menjadi penolong agama Mu.

Ku merindui sentuhan sang murabbi,
Juga kata-kata taujihat daripada teman seperjuangan,
moga menjadi bekalku,
dalam mengharungi liku-liku kehidupan..

Ustazengineer
Pasir Panjang,
Jan 2010.

~ oleh ustaz2engineer di 25 Januari, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: