Sekeping biskut Almond London dipagi raya..

DSCF7388

Tibanya saat yang dinantikan.
Meraikan hari kemenangan bagi umat Islam.
Seluruh umat Islam di dunia melaungkan takbir
hari lebaran dengan penuh kesyukuran..

“Allahuakhbar, allahuakhbar, allhuakhbar
Lailahaillahllah huwallahu akhbar
Allahu akhbar walillah ilhamdu..”

Sejenak di pagi raya
Teringat di pagi raya pada hari itu kami sekeluarga meraikan hari lebaran dengan penuh kesyukuran. Selesainya solat subuh secara berjemaah, ibu bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi kami.
Masing-masing cuba memakai pakaian baru raya. Sungguh seronok.

Adik memakai baju baru lengkap dengan songkok diatas kepala. Segak gayanya. Mak dan ayah juga memakai baju baru. Cuma saya sahaja yang memakai baju lama. Sedih. Kisahnya tak sempat nak beli baju raya.

Pagi itu kami sekeluarga mengambil sunnah baginda dengan bersarapan sebelum solat sunat Eidul Fitri. Ayah tak berhenti-henti menyebut perihal amalan-amalan sunat di pagi hari raya. Mungkin kata-kata daripada kuliah ustaz di surau Subuh tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Bermaaf-maafan
Setelah selesai solat sunat Eidul Fitri, kami pulang ke rumah untuk menyambung kembali agenda kami yang seterusnya, iaitu sesi bermaaf-maafan. Saya bergegas mengambil kamera dan stand yang tersimpan di dalam almari. Sesi bermaaf maafan dimulakan. Ayah duduk di atas sofa.

Dimulakan dengan ibu bersalaman dangan ayah. Sungguh bahagia pada hari itu semuanya dapat berkumpul. Seterusnya dimulakan dengan saya selaku anak yang sulong, kemudian disusuli dengan adik-beradik yang lain. Kami mendapat ang pow RM50 setiap seorang.

Dan seterusnya sesi bergambar di ambil antara kami sekeluarga.

adik-adik sepupuku yang comel..

adik-adik sepupuku yang comel..

Beraya di rumah sahabat
Raya pada kali boleh dikatakan hampir mencapai objektifnya kerana saya berkesempatan beraya di kebanyakan rumah sahabat-sahabat. Miskipun ada rumah yang kami tak berkesempatan menziarahinya, namun salam lebaran tetap diucapkan menerusi SMS ataupun panggilan.

hantaran kahwin di pihak pengantin lelaki..

hantaran kahwin di pihak pengantin lelaki..

Saya juga berkesempatan untuk meraikan majlis kenduri kahwin salah seorang sahabat sepengajian di kampus.

Allhamdulillah, selamat di ijabkabulkan. Semoga hidupnya dimurahi rezeki dan diberkati hingga ke anak cucu. Juga buat sepupu saya yang melangsungkan kenduri pada hari raya kelima, moga hubungan bahagia berkekalan selama-lamanya.

Sekadar itu sahaja perkongsian saya sepanjang di hari raya..

September 2009
http://www.ustaz2engineer.com

~ oleh ustaz2engineer di 2 Oktober, 2009.

2 Respons to “Sekeping biskut Almond London dipagi raya..”

  1. assalamu’alaikum………..
    bile plok giliran abg Faiz????hehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: