Post Morten Ramadhan

Ramadhan

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah umat Islam menyambut Ramadhan al-Mubarak 1430H. Miskipun terasa begitu singkat menyambut bulan yang penuh keberkatan, namun masa tidak pernah lekang daripada menjalankan amanahnya.

Sdari sudut hati, adakah tarbiyah diterima selama sebulan itu benar-benar dapat melayakkan diri ini menjadi mukmin yang bertaqwa seiring dengan kehendak Allah.

Bermula dengan inputnya (niat,persiapan),disusuli dengan prosesnya (puasa,tarawikh,qiamulail) dan diakhiri dengan outputnya (lailatulqadr, kebebasan dari api neraka), adakah diri ini benar-benar distilahkan berjaya?
Terasa begitu ruginya diri ini kerana sengaja membiarkan bonus yang diberikan oleh Allah dengan begitu sahaja.

Ini kerana hadith nabi ada menyebut,
“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Ya Allah, berilah peluang kepadaku sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Moga-moga amalanku yang tidak seberapa dibulan yang lalu akan diterima olehMu dengan dibuka pintu kerahmatan..

Amin ya rabbal alamin..

September 2009,
http://www.ustaz2engineer.worpress

~ oleh ustaz2engineer di 30 September, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s