Misi menjejaki ustazengineer(2) : Falsafah Jackie Chan vs Bruce Lee


bruce-lee-jackie-chan

Kali ini ingin saya kongsikan tentang sebuah kisah tentang dua tokoh terkemuka yang tidak asing lagi di dalam dunia lakonan dan seni pertahanan diri.

Siapa yang tidak kenal Jackie Chan dan Bruce Lee?

Kedua-dua bintang yang mencipta nama dalam persada perfileman di Hong Kong ini sebenarnya mempunyai falsafahnya tersendiri yang tersembunyi. Mari kita sama-sama membongkarnya.

Di dalam buku yang berjudul ‘Dare To Fail’ hasil nukilan Billi P.S Lim ada menceritakan tentang kisah kehidupan Jackie Chan semasa hayat kecilnya. Sewaktu masih dalam dukungan, dia pernah dijual kepada oleh kedua ibu bapanya kepada orang Inggeris pada ketika itu kerana tidak mampu menyara kehidupan seharian mereka.

Saya tidak berhajat untuk menceritakan secara detail tentang riwayat kehidupan kecil Jackie Chan, namun cukuplah dengan mengambil pengajaran bahawa bintang yang terkenal seperti beliau sebenarnya mempunyai sejarah yang pahit sewaktu kecilnya.

Saya pernah menonton filem Jackie Chan sewaktu di awal pembabitannya di bidang lakonan. Menurut pengarah filem dan juga rakan-rakan yang rapat dengan beliau, beliau pada awal lakonan cuba menjadikan Bruce Lee sebagai mentornya. Bruce Lee pada ketika itu cukup popular bukan dikalangan masyarakat China bahkan diserata dunia yang mempunyai skillnya yang tersendiri.

Jackie Chan sering berusaha meniru gaya Bruce Lee namun agak sukar. Beliau mengakui bukannya senang meniru perwatakan seeorang. Akhirnya hasil lakonan beliau diperingkat awal menemui kegagalan.

Gagal sekali bukanlah beerti gagal selamanya. Akhirnya Jackie Chan menemui ‘formula’ menyelesaikan masalah yang di hadapinya. Rupa-rupanya idolanya yang dipuja-puja selama ini hanyalah idola semata-mata.

images

Bruce Lee tetap Bruce Lee di mata hati peminatnya.

Jackie Chan tetap adalah Jackie Chan.

Jackie Chan tidak boleh menjadi Bruce Lee.

Begitu juga sebaliknya…

Ya, itulah hakikat yang perlu kita akui. Menjadikan diri kita sebagai orang lain sebenarnya bukanlah suatu perkara yang baik untuk dijadikan ikutan. Menjadikan seseorang sebagai idola itu tidak salah. Kita mengkagumi kehebatannya, jasa-jasa dan juga pengorbanan sewaktu hayatnya. Yang salahnya ialah kita ‘meniru’ caranya dan gayanya.

Ini kerana setiap manusia itu dianugerahi oleh Allah potensi diri yang berbeza. Ada dikalangan mereka yang mampu berpidato di atas pentas, ada yang tidak pandai bercakap, namun mempunyai kepakaran di dalam bidang teknikal. Ada juga dianugerahi Allah rupa paras yang cantik, maka ia dijadikan attraction perhatian manusia kepadannya.

Semuanya anugerah itu jika kita mengetahui potensi yang ada pada diri masing-masing, jika dioptimumkan sebaik mungkin kearah yang positif akan memberi natijah yang baik pada semua manusia. Yakinlah bahawa setiap manusia memiliki kehebatan diri masing-masing.

Begitulah lakaran sejarah kehidupan Jackie Chan. Akhirnya beliau mencipta namanya sendiri dipersada dunia. Beliau tidak pernah berhenti daripada terus berlakon dengan gayanya sendiri yang sering mengunakan objek disekeliling sebagai ‘added value’ sewaktu berkongfu supaya kelihatan lebih menarik.

Itulah dia Jackie Chan..

Saya ingin menjadi seorang ustazengineer yang mempunyai cirinya yang tersendiri, anda pula bagaimana?

UstazEngineer,

Jun 2009.


Boleh lihat koleksi stunt Jackie Chan disini :


~ oleh ustaz2engineer di 10 Jun, 2009.

Satu Respons to “Misi menjejaki ustazengineer(2) : Falsafah Jackie Chan vs Bruce Lee”

  1. salam akh faiz,wah…nak jadi bruce lee dah ke…nagus2..he..he

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: