Misi Menjejaki Ustazengineer..

Image024

Hampir berminggu-minggu lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Di musim cuti pada kali ini, kesibukannya agak berlainan kerana terpaksa membantu ibu saya di kedai yang baru dibuka. Tambahan pula internet tiada di rumah, maka makin jauhlah saya daripada dunia siber. Nak ke cyber café, penuh sesak dengan budak-budak. Maklumlah cuti sekolah.

Jadi mohon maaf kepada pengunjung yang mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini. Walaubagaimanapun, insyallah saya akan berusaha juga untuk respon persoalan yang ditujukan kepada saya.

Kali saya berminat untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang misi pencarian identiti ustazengineer yang sebenarnya. ‘Lets begin behind the scene’, sejauh mana nama ustazengineer itu berperanan dalam memberi imej yang jelas di mata pengunjung.

Ada dikalangan mereka yang menganggap blog ini hanya untuk dakwah semata-mata, kerana tulisan-tulisan artikel banyak menyentuh tentang aspek usrah, dakwah umum dan masalah sosial dikalangan remaja. Antara komen yang pernah saya diterima;

Salam, ustaz

Nampaknya, ustaz pernah melalui usrah dn ustaz sndr pun adalah naqib, kan. (melalui p’bacaan ana ). Sebenarnya saya adalah masalah yg agak besar tentang usrah, kalau boleh ana nk minta nasihat ustaz mmndgkn ustaz lbh b’pengalaman dlm usrah….

Ada yang menganggap blog ini hanya untuk golongan remaja semata-mata, kerana respon yang diterima rata-ratanya daripada golongan ipt dan sekolah menengah. Tetapi saya pernah menerima respon daripada seorang ibu;

Assalamualaikum..

Saya ni seorang ibu kepada 3 org anak lelaki dari Singapura. Saya nak bertanya kalau kalau ustaz ada mana mana peluang madrasah utk anak saya yg berumur 11 dan 10 thn.Pada saat ni mereka belajar di sebuah madrasah di Batu Pahat.Saya ingin mencari sebuah madrasah yg lengkap dgn asrama dan pas pelajar.Kalau Ustaz ada peluang mana mana boleh lah email saya.Terima Kasih.

Namun,biarlah saya letakkan segala jawapan itu kepada pengunjung sekalian.Tidak kira apa jua hasil usaha yang kita lakukan, hakikatnya segala perlakuan yang disandarkan kepada Allah s.w.t adalah merupakan suatu ibadah. Saya pada awalnya merasa cukup berat untuk menghasilkan blog ini kerana berasa begitu kerdilnya diri ini dengan ilmu yang setitik ini.

Ditambah dengan harapan dikalangan pengunjung yang diletakkan diatas bahu saya supaya blog ini terus menerus dapat memberi faedah kepada semua, menyebabkan saya mengambil keputusan serius bahawa ini adalah kewajipan yang mesti ditunaikan.

Insyallah hanya kepada Allah saya menyerah diri dan meletakkan harapan agar segala amalan yang dilakukan ini ikhlas sema-mata keranaNya, bukan kerana ingin mengangkat bakul sendiri.

Akhir kata, saya edit kata-kata daripada Encik Pahrol Mohd. Joui, “sesungguhnya pembinaan generasi pelapis dimasa hadapan itu terletak kepada buku apa yang dibaca dan idea apa yang dicetuskannya pada hari ini.”

UstazEngineer,

Jun 2009.

~ oleh ustaz2engineer di 10 Jun, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: