Wahai adikku,ada apa dengan buku?

read-books-that-you-enjoy

Suatu hari, sedang saya berehat sebentar di kafeteria kampus, pernah saya bertanyakan satu soalan kepada adik-adik tercinta. Saat itu kami saling bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara yang ringan disebebabkan kepenatan dengan kuliah yang ada.

Lalu ketika itu saya keluarkan sebuah buku yang agak sinonim dan popular untuk dibincangkan di dalam kumpulan kami. 7 Habit’s Most Highly Effective People karangan Stephen Covey.


Soalan yang cukup simple, saya pun tak ingat soalan apa. Namun respon yang diperolehi agak mengecewakan. Kesemua adik-adik tidak dapat menjawab soalan yang saya utarakan. Mereka juga kurang mempunyai tabiat membawa buku untuk dibaca kemana sahaja. Lalu saya membuat kesimpulan mudah mereka kurang disemai semangat budaya membaca.

Inilah masalah ahli yang cukup membahayakan dan boleh menghakis kesatuan itu sendiri lantaran kurangnya menimba ilmu.

Bukannya ingin membanggakan diri lantaran membaca buku tersebut, akan tetapi hanya sekadar ingin memberi teguran sebagaimana teguran daripada seorang abang kepada seorang adik.

bookfair

Pengalaman Daripada Buku

Teringat pesanan Dr. Fazilah Kamsah, beliau pernah menyebutkan di dalam bukunya yang berkait tentang karisma kepemimpinan, seorang individu boleh menjadi hebat dan luas ilmu pengetahuannya hanya melalui buku.

Buku adalah ibarat raja kepada segala lautan ilmu. Dengan kita mendalami lebih banyak buku bermakna lebih banyak ilmu di dunia yang mampu kita terokai.

Lantaran bagi seorang da’e amat penting bagi mereka menguasai sebanyak mungkin cabang ilmu duniawi mahupun ukhrawi bagi menghadapi mad’u yang pelbagai.

Saya pernah membaca buku karya Ann Wang Seng yang bertajuk ‘Rahsia Islam di Sebalik Tembok Besar China’. Di dalamnya menerangkan tentang zaman kegamilangan Islam di sebalik tembok besar China. Nanti saya ceritakan berkenaan sejarah kegemilangan di dalam artikel yang akan datang.

Karya-karya tulisan tok guru tersohor pernah saya baca. Kusyuk di Dalam Solat, Fiqh Harakah Sirah Nabawiyyah, Tafsir Al Quran dan seangkatan dengannya. Buku hasil nukilan ulama’ yang mengikhlaskan diri menyampaikan ilmu ini cukup meresap masuk ke dalam jiwa saya.

Memang benar. Hasil barakah ulama’ yang dicurahkan kedalam buku benar-benar menyentuh jiwa yang membacanya. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al Ghazali, terasa begitu besarnya dosa yang dilakukan apabila beliau menyebut tentang cara-cara meninggalkan maksiat.

Malah saya hampir-menitiskan air mata apabila membaca sebuah novel berjudul Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk karya ulama’ tersohor Indonesia, Prof Dr. Hamka suatu ketika dahulu.

Kisah percintaan dua insan yang berlatarkan suasana masyarakat pedalaman Indonesia telah menarik minat ramai dikalangan remaja pada ketika itu untuk mendekati pencipta yang Maha Esa.

Segala-galanya saya membaca hanya untuk memperolehi cebisan ilmu daripada penulis-penulis yang telah sekian lama menepuh kehidupan yang penuh cabaran. Mereka menukilkannya di dalam sebuah buku, maka amat rugi bagi kita seandainya tidak memilikinya.

hamka_-_tenggelamnya_kapal_van_der_wijck1

2 individu sebagai mentor

Terdapat 2 individu yang telah menggalakkan diri saya untuk membaca buku sehigga pada hari ini. Pertamanya, senior yang tercinta iaitu akhi Ulumcordova. Keduanya, Ustaz Dzulkhairi persiden GAMIS.

Kedua-duanya menjadi pembakar semangat saya untuk terus membaca dan membaca, lantaran kesungguhan mereka menimba ilmu. Mereka mampu menghabiskan masa membaca buku dalam masa yang singkat tanpa diduga.

Saya mengkagumi mereka dan saya berusaha untuk menjadi sehebat meraka.

Adik-adik pula bagaimana?


Ustaz Engineer,

April 2009.

~ oleh ustaz2engineer di 25 April, 2009.

2 Respons to “Wahai adikku,ada apa dengan buku?”

  1. Adikku, selamat membaca dan membuku.. Menulis dan menukil. Allah SWT bersamamu. Todo lo mejor hermanito ustaz engineer :)

  2. jadikan buku sebagai teman, sebagai kitab…sebab buku memberi pelbagai ilmu yg berguna…samada dunia atau akhirat…jadikan buku teman baik…~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: