Haram bagi seorang wanita..

say-no-toPulang saya daripada bermain badminton bersama rakan sekelas malam tadi seakan akan ada sesuatu yang tidak kena.

Kebiasaannya saya pulang dengan hati sedikit girang dan puas apabila sempat bermain dengan rakan-rakan. Namun pada hari tersebut saya berasa sedikit kecewa, kerana iman di jiwa saya seakan akan menolak akan situasi yang berlaku pada saat itu.

Bermain dengan rakan perempuan sekelas! Ya ternyata itulah puncanya. Pada asalnya saya tidak dimaklumkan akan kehadiran sekumpulan rakan-rakan wanita sekelas untuk bermain bersama-sama.

Biarlah orang mengatakan diri saya ini pelik, keras dan agak anti perempuan. Namun hakikatnya itulah prinsip hidup saya yang sekian lamanya tertanam di dalam jiwa saya kesan daripada asuhan kedua orang tua.

Nabi Muhammad s.a.w selama hayatnya tidak pernah menyentuh kulit seorang wanita ajnabi. Baginda amat menitik beratkan perhubungan antara mereka yang halal dikahwini.

Pernah suatu ketika sewaktu rasulullah menaiki kenderaan melalui suatu kawasan dengan ditemani seorang pemuda, tiba-tiba kelihatan sekumpulan wanita di pinggir jalan tersebut. Pemuda itu merenung ke arah sekumpulan wanita tersebut, lantas baginda terus mengalihkan pandangan permuda tersebut ke tempat lain.

Begitu tegasnya Rasulullah tatkala menjaga perhubungan yang diredhai oleh tuntutan Islam.

Segalanya ini adalah semata-mata untuk memelihara pandangan hati daripada tercemar dengan titik-titik dosa yang menghalang daripada mengingati Allah.

muslimah-11

Saya mengharamkan tempat duduk dibahagian belakang motorsikal daripada ditunggangi seorang wanita ajnabi. Begitu juga dengan kereta, haram bagi sesiapa dikalangan wanita daripada duduk di sebelah hadapan pemandu secara berdua-duan. Itu fatwa saya. Dan itulah yang saya pegang selama ini.

Sungguh kecewa kerana ternyata wanita pada hari ini sudah hilang sifat malunya. Memakai pakaian yang ketat, mendedahkan aurat, hakikatnya mereka tidak merasakan diri mereka berdosa.

Adakah mereka benar-benar jahil ataupun mereka tahu tetapi tidak mengendahkannya. Umat Islam pada hari ini benar-benar seumpama buih di pantai. Ramai tetapi tiada kualiti sebagai seorang mukmin.

Ya Allah, berilah hidayah kepada diri mereka ini menuju jalan yang sebenarnya. Terasa begitu berat untuk diri ini untuk menyampaikan kebenaran daripada wahyu yang diturunkan kepada baginda. Namun tuntutan amar makruf nahi mungkar ini perlu dilaksanakan juga bagi mereka yang menggelarkan dirinya sebagai seorang mukmin…

Sama-samalah berfikir dalam mencari jalan penyelesaian agar kita terlepas daripada azab neraka yang pedih..

~ oleh ustaz2engineer di 24 Mac, 2009.

10 Respons to “Haram bagi seorang wanita..”

  1. amiin..moga usaha anda dlm menyampikn kbnrn dprmudhkan..

  2. salam ziarah…sedikit terkesan dengan pandangan akhi…
    mmg didikan dari kecil perlu ditekankan, sebab bila dh besar susah untuk memahamkan mereka sebab mereka melihat perkara itu biasa dan tidak berdosa. Untuk pengetahuan, setiap hari ia berlaku depan mata sy…setiap hari juga hadirnya teguran…kerana malu yg ada pd diri iini menguatkan hati memberi nasihat..walaupun hidayah itu bukan ada pd tangan ini..

    • Hidayah itu datangnya dari Allah. Namun kita beruntung sekiranya menjadi perantaraanya. Saya pernah sms menegur seorang rakan perempuan yang memakai baju lengan pendek ke dalam kelas. Alhamdulillah, selepas daripada itu dia segan dengan saya.

  3. Tahniah… puteri muslimah dapat merasai dan mewarnai dunia islam dengan penuh kesedaran menyebarkan ilmu supaya sama-sama faham untuk laksanakan. Inya Allah.

  4. salam..terkesan dijiwa…bgus ust..teruskan prinsip..tak ramai lagi yg masih berpegang pada prinsip kebenaran itu

  5. salam ziarah.. jemputlah ke blog ana :-)

  6. Jom sama2 renungi…

    Wahai… Pemilik nyawaku
    Betapa lemah diriku ini
    Berat ujian dariMu
    Kupasrahkan semua padaMu

    Tuhan… Baru ku sadar
    Indah nikmat sehat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini kuharapkan cintaMu

    Kata-kata cinta terucap indah
    Mengalun berzikir di kidung doaku
    Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
    Butir-butir cinta air mataku
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya ilahi….
    Muhasabah cintaku…

    Tuhan… Kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    Jika ku harus mati
    Pertemukan aku denganMu

  7. salam…hidayah memang datang dari Allah..tapi kita kena usaha utk mencarinya..tak bleh nak tunggu je datang…syukur dengan prinsip yg ust pegang..tak ramai muslimin yg berpegang dengan prinsip tersebut…moga terus istiqamah…di mana bumi di pijak..disitu Islam dijunjung….

  8. Salam..alhamdulillah..
    inilah yang sebenarnya slh satu perkara yang ana ingin lihat pada para rijal..
    sayangnya,benarlah kata-kata di atas,wanita itu sendiri yang tidak malu @ segan kerana kelompok mereka yang ‘sama’ adlh ramai..
    ustaz_engineer sedih..kami yang melihat pun sedih.cume,mmg ade y dpt terima teguran dan ade y tidak..
    wallahualam.

  9. salam ziarah..blog yang baek..teruskn usaha anda …

Tinggalkan Jawapan kepada faridrashidi Batal balasan