Di sini ku temui Sang Murabbi..


Masih lagi segar dalam ingatanku saat-saat indah ketika bertemu dengan abi. Pengalaman yang tak mampu ku huraikan dengan kata-kata, apabila melihat begitu indahnya budi pekertimu yang begitu menusuk kalbu.

Biarlah daku lakarkan potret indah di dalam coretan ini moga-moga ia menjadi taujihad dalam diriku dalam menghadapi gelombang tribulasi di samping menjadi pedoman buat sahabat-sahabat sekalian.

Wahai abi,

Sungguh terasa dekat dihati apabila kali pertama aku bersua denganmu. Engkau abadikan seluruh kehidupanmu demi untuk dakwah dan perjuangan islam. Tiada masa yang engkau berikan kecuali menjadi milik sepenuhnya kepada anak muridmu untuk bertanyakan sebarang permasalahan yang terbuku dibenak fikirannya.

Sudah sekian lama diriku melihat perwatakanmu. Ku perhatikan engkau adalah murabbi yang benar-benar tulen dab sejati. Bukannya rekaan semata-mata. Dikala orang mentarbiyyah dengan nada pesimisme tapi engkau bernada optimisme. Ayat yang kupetik daripada sahabatku.

Wahai abi,

Masih ku teringat kata-katamu, entah bagaimana kata-katamu itu terpahat di dalam benak fikiranku hinggalah pada hari ini. “Sebenarnya mereka yang berada di dalam tarbiyah akan benar-benar di uji oleh Allah s.w.t, kerana mereka menyampaikan sesuatu yang mesti mereka praktikkan”. Begitulah lebih kurang ayatnya yang ku susun.

Memang benar kata-kata abi, cukuplah aku buktikan dengan sepotong hadith baginda yang amat keras, sehingga daku tak sanggup untuk menggambarkan kejadian tersebut.

Ada seorang lelaki pada hari kiamat kelak ia digiring ke neraka lalu dicampakkan ke dalamnya. Isi perutnya terburai keluar dan ia berpusing-pusing melengkarinya sebagimana berpusingnya mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata: “Wahai si fulan, tidakkah engkau dulunya menyuruh orang melakukan yang ma’ruf dan melarang yang mungkar?” Lelaki berkata:”Ya, memang benar, aku dahulunya menyuruh orang melakukan yang ma’aruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya.”


Wahai abi,

Sesungguhnya ramai dikalangan da’e yang menyampaikan secara teori, tetapi tak semuanya dapat memberi secara praktikal. Aku lihat pada dirimu ada kedua-duanya. Engkau mudah beramah mesra dengan anak muridmu miskipun jurang perbezaan umurmu jauh langit dari bumi.

Engkau juga dilihat tidak terlalu formal dan mudah di bawa berbincang. Contohnya dapat dibuktikan apabila kami berkunjung ke rumahmu, engkau lantas mengajak kami keluar berehlah di air terjun.

Sungguh murni hatimu abi bila melihat akhlakmu yang bisa mengalirkan keluhuran ke dalam hati-hati kami yang ditarbiyyah tanpa disedari.

Akhirnya kalam,sebelum kami berpisah dengannya untuk pulang ke rumah masing-masing, sempat aku bergurau dengan abi. “abi, abi pernah tengok tak cerita sang murabbi?”. Abi lantas menjawab, “abi pernah dengar-dengar je, tengok belum lagi.”

Lalu aku membalas “Muka ustaz dalam cerita tu sebijik dengan muka abi. Kita pergi mandi air terjun pun sama dengan kisah dalam cerita tu.”

Kami tersenyum tanda gembira. Mungkin itulah Sang Murabbi yang ku carikan selama ini.


p/s : Ku hadiahkan doa rabithah khas buat abi dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..moga thabat dalam perjuangan.

Ustaz_Engineer,

November 2008.

~ oleh ustaz2engineer di 2 November, 2008.

Satu Respons to “Di sini ku temui Sang Murabbi..”

  1. ustaz salam deh….
    sang murabbi …susah nak jadi macam tu…
    may Allah bless us…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: