Sirah 1 : Menyelusuri pahit getir perjalanan Rasul akhir zaman

Sesungguhnya memahami dan menghayati sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan tuntutan seorang da’e supaya dapat merasai sendiri jerih payah baginda menyebarkan syiar islam bermula di kota Mekah hingga ke pelusuk dunia.

Ditambah pula kitab sirah yang telah dikarang sendiri oleh ulama’ yang mahsyur, terasa kemanisannya kerana jernihnya hati seorang ulama’ dalam memberi penerangan secara mendalam dan cukup menarik.

Disini saya berhajat untuk menceritakan kembali tentang babak-badak tertentu yang berlaku di dalam sirah baginda bermula sejak menerima wahyu sehinggalah tertegaknya sebuah khilafah Islamiyyah. Moga kita sama-sama dapat mengambil ibrah (pengajaran).


Rasulullah beruzlah

Sewaktu umur RAsulullah s.a.w mencecah usia 40tahun, penduduk jahiliyah Mekkah pada masa itu berada di ambang neraka. Saat ketika itu maka muncullah cahaya Islam di mana Allah s.w.t telah melantik baginda sebagai seorang Rasul di akhir zaman.

Pada ketika kemuncaknya kejahilan umat pada masa itu, maka lahir satu sifat tertanam dalam hati baginda untuk beruzlah (mengasingkan diri). Dengan harapan mengharapkan kekuatan dan diberikan hidayah.

Baginda sering berulang alik dari rumahnya ke Gua Hira’ dengan disediakan bekalan makanan oleh isterinya yang tercinta, Khadijah Radiallahu ‘anha.

Uzalah adalah merupakan suatu proses tarbiyyah yang amat memberi kesan pada baginda untuk memulihkan kekuatan dalam menghadapi mehnah daripada umatnya sendiri. Pada masa itu juga Rasulullah s.a.w telah merenung akan kerdilnya akan ancaman penentangnya jika dibandingkan dengan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Seringkali semasa di dalam perjalann, baginda di beri salam oleh batu-batu dan pokok kayu di sekitarnya. Kerana tiada manusia pada masa itu yang sudi memberi salam kepada baginda.

Sabda baginda:

Sesungguhnya aku mengenali satu batu yang ada di Mekah yang pernah memberi salam kepadaku sebelum aku dibangkitkan menjadi Rasul. Sesungguhnya aku masih mengenalinya sekarang.

(hadith riwayat Muslim)


Perlantikan Sebagai Nabi Akhir Zaman

Kemudian tiba-tiba pada suatu malam yang ditentukan Allah s.w.t baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’, iaitu pada 17hb Ramadhan dalam tahun ke-41 bermula masa kelahirannya.

Datangnya malaikat Jibra’il mengajarkannya kalimah pertama iaitu,

Iqra’(bacalah)

Nabi menjawab : Aku tidak tahu membaca.

Kemudian ia memeluk baginda dengan erat, kemudian melepaskannya dengan berkata pula,

Iqra’ (bacalah).

Nabi menjawab : Aku tidak tahu membaca.

Lalu jibra’il memeluk sekali lagi dan berkata,

“Bacalah dengan nama tuhanmu yang meniptakan, DIa telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Yang Paling Pemurah, mengajar dengan perantaraan al-Quran. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Al-Alaq : 1-4)

Dalam keadaan itu peristiwa luar biasa bagi baginda lalu beliau keluar dengan tergesa-gesa dari gua untuk pulang ke rumahnya. Tiba-tiba terdengar suara yang begitu kuat kedengan dari arah langit,

“Hai Muhammad, kamu adalah Rasulullah dan aku adalah Jibril”

Apabila baginda mendongakkan kepala diatas baginda melihat malaikat Jibra’il menyerupai seorang lelaki. Kadua-dua belah kakinya sampai ke ufuk langit dan kemana sahaja Rasulullah berpaling baginda melihatnya.

Pada masa itu Saidatina Khadijah menghantar utusan untuk mencari baginda kerana sudah lama tidak pulang kerumah, tiba-tiba muncul baginda dalam keadaan badannya gementar dan berkata,

“Selimutkan aku,selimutkan aku”.

Sehingga baginda bertenang menceritakan tentang kisah yang berlaku, lalu Khadijah Radiallahu ‘anha menegaskan bahawa,

“Tidak sekali-kali demi Allah, Ia tidak akan mensia-siakan kamu, kerana kamu adalah orang yang menghubungkan keluarga, mampu memikul beban, menolong orang yang tidak berada, memuliakan tetamu dan menolong orang yang ditimpa kemalangan.”

(hadith riwayat Bukhari)

Kebenaran diperkukuhkan oleh Waraqah bin Naufal

Saidatina Khadijah meyakini akan peristiwa kenabian kerana seringkali mendengar daripada sepupunya Waraqah bin Naufal. Lalu dia bergegar menemui Waraqah untuk mendapat penjelasan lanjut.

Waraqah yang menganut agama Nasrani dan banyak membaca kitab-kitab ilmu menegaskan kepada Saidtina Khadijah,

“Maha suci Tuhan, demi Tuhan yang diriku berada di dalam gengamanNya, percayalah kepadaku wahai Khadijah, sesungguhnya ia dikunjungi malaikat yang pernah datang menemui Nabi Musa ‘alaihis salam. Sesungguhnya ia nabi umat ini. Katakanlah padanya tetapkan hati (jangan bimbang).

Lalu Siti Khadijah pulang ke rumah untuk menceritakan kepada baginda apa yang disebutkan oleh Waraqah.

Suatu hari sedang baginda tawaf mengelilingi Mekah, tiba-tiba beliau bertemu dengan Waraqah bin Naufal yang buta dan tuli itu. Beliau bertanyakan tentang peristiwa yang berlaku pada hari itu dan baginda menceritakannya.

Lalu Waraqah bin Naufal menjawab,

“Demi Tuhan yang diriku berada di dalam gengamanNya, sesungguhnya kamu adalah nabi bagi umat ini. Kamu telah didatangi malaikat Jibra’il yang pernah datang menemui Nabi Musa ‘alaihissalam. Demi sesungguhnya kamu akan dibohongi, disakiti, dihalau dan akan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu, nescaya aku akan menolong mu untuk menegakkan agama Allah dengan pertolongan yang diketahuinya.”

(sirah ibn Hisyam)

Sabda Rasulullah,

“Janganlah kamu memaki Waraqah bin Naufal, maka sesungguhnya aku telah bermimpi ia mempunyai satu atau dua syurga”.

(dikeluarkan oleh al-Bazzar,

Hakim dan Ibn ‘Asakir)

to be continue….

ustaz_engineer,

Oktober 2008

Rujukan :

Fiqh al-Harakah dari sirah nabawiyyah

~ oleh ustaz2engineer di 29 Oktober, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: