Wahai adikku, mengapa engkau jadi begini?

Suatu hari saya menerima sms daripada sahabat yang dikasihi.

“Akhi, ana perhatikan ramai dikalangan anak usrah anta dulu mempunyai masalah hati. Harap dapat membantu mereka.”

Saya merenung mesej itu dalam-dalam. Tergamam seketika. Tangan saya tak mampu menjawab sms itu.

Hati saya menjadi hiba, sedih, kecewa. Bercampur baur semuanya.

Namun saya biarkan sejenak untuk berfikir sedalam-dalamnya supaya persoalan ini saya dapat kaji sebaik mungkin untuk saya serahkan balik jawapan ini kepada sahabat saya.

Sama-sama senang susah pahit manis mengharung liku-liku perjuangan bersama-sama.

Wahai adikku,

Seandainya membaca membaca artikel ini, saya harap supaya dia dapat menjawab persoalan ini secara jujur dan ikhlas jauh di dalam sudut hati.

Abang ingin bertanya kepadamu, kenapa engkau ingin menjauhi diri daripada kami?

Kenapa engkau bersikap memencilkan diri, kaku dan buat tak endah sahaja dengan apa yang kami laksanakan program selama ini?

Kenapa dan kenapa?

Tahukah engkau, hati abang merasa cukup pedih di atas sikap adik selama ini.

Madu diberi, apabila habis dihirup kemudian terus dibuang.

Ingatkah dikau sewaktu kita saling kenal-mengenal diperingkat awal usrah dahulu. Terasa begitu manisnya saat ketika berada di dalam usrah.

Sanggup susah payah datang turun ke musolla miskipun dalam keadaan sibuk dengan tugasan.

Masih teringat diri ini bertungkus lumus menyiapkan nota usrah dan membuat persediaan yang sebaik mungkin untuk diberikan sajian ilmu kepada adik-adik.

Miskipun terpaksa menggadaikan masa, tenaga dan harta. Namun rasa hati cukup puas kerana dapat memberi tarbiyah kepada adik-adik.

Tetapi sekarang?

Adakah silap abang dalam memberi tarbiyah?

Adakah dosa-dosa yang pernah dilakukan selama ini menjadi asbab lemahnya jiwa-jiwa mad’u dalam mengharungi liku-liku hidup?

Seandainya itu kesilapan abang. Abang memohon maaf kepada Allah s.w.t. Kerana Dia sahaja yang berhak mengampuni dosa-dosa hambanya yang bertaubat.

Dan seandainya apa yang diberikan selama ini tidak cukup ramuannya, abang ingin memohon maaf. Cuma tidak mungkin kita dapat duduk dalam satu usrah yang sama lagi disebabkan adanya adik-adik yang baru yang perlu diberi tarbiyah.

Mungkin pengalaman boleh menjadi satu ilmu ‘hidup’ yang cukup berharga.

Wahai adikku,

Ingatlah bahawa jiwa seorang da’e itu akan mudah rapuh jika tidak diperkuatkan dengan reinforcement pengisian-pengisian rohani. Zikir, mathurat , berdoa, tahajud, solat sunat menjadi benteng yang paling ampuh dalam menghadapi mehnah dan tribulasi.

Mengapa abang sebutkan begitu. Kerana ia adalah hubungan yang berkadar langsung terus kepada Allah.

Firman Allah,

“Apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, tetapihendaklah ia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah:152)

Ingatlah bahawa perjuangan ini sangat jauh, kerana itulah jalan yang pernah ditempuh oleh para nabi selama ini. Rasulullah s.a.w pernah dilontar batu sehingga kakinya berdarah, dimaki hamun dikhalayak ramai, dilontar dengan gumpalan tanah keatas kepalanya dan pernah berperang sehingga patah giginya.

Namun semuanya itu dihadapi dengan sabar dan tabah kerana ingin semata-mata menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.

Nah, seandainya itu yang terpaksa dipikul oleh baginda, maka takkan kita yang hanya di uji sedikit tenaga, masa dan harta dan juga ‘masalh hati’ ini sudah boleh mengaku kalah. Setakat itu sahajakah kemampuan diri kita.

Ingatlah akan firman Allah yang saban hari kita membacanya di dalam mathurat,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(al-Baqarah: 284)

Cukuplah setakat ini celoteh dari abang. Abang sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan doa dan rintihan kepada Allah di sepertiga malam.

Tepuk dada tanyalah iman.

Sesungguhnya mereka yang lari dari perjuangan adalah mereka yang rugi pada diri mereka sendiri.

Semoga ia dapat menjadi pengajaran buat diri ini yang sering lemah dan juga buat sahabat2 sekalian…

ustaz_engineer

Oktober 2008

~ oleh ustaz2engineer di 23 Oktober, 2008.

3 Respons to “Wahai adikku, mengapa engkau jadi begini?”

  1. salam… ustaz nangis ke…daie kalo tak mengis kerana anak usrah mmg tak sah lah… kita belum kne pulau atau kne tinggal cam nabi lagi kan??ana mmg ada anak usrah cam tu tapi bg ana… kalo mmg dia tak boleh commit nak buat mcmna…masih ramai lg adik2 yg nk jd bg ana focus kita maybe kne ubah ckit kat adik2 yg btul2 nk .. cuma jgn la terputus hubungan dgn adik2 kita yg lama ni… ana rasa adik2 anta ni rasa takde kerja nk wat n tak fhm nk wat keje apa…abg2 tak panggil,x mesej,shabat2 wat hal sendiri…ana tak salahkan sesapa…. skrg ni kita jumpa face to face…. wat cam kita kenal dia mula2 dulu…ok.

    >> ustaz_engineer : syukran di atas nasihat ukhti ct sarah yang ke2.maaf ada beberapa ayat yang terpaksa ana cut dan edit untuk memudahkan orang lain membacanya.

  2. salam kunjungan.jazakallah atas tazkirah.

    >> ustaz_engineer : afwan..

  3. salam alaik..
    tahniah buat ust kerana dikurniakan oleh Allah suatu sifat yang mana sepatutnya ada bagi insan2 yang bergelar daie..dalam mengharungi dunia dakwah, mehnah dan trubulasi pasti ada.bahkan semakin hari semakin mencabar dan sukar..kenapa Allah hadiahkan semua ini?? kerana…tugas dakwah bukan tugas yang mudah dan mampu untuk dibawa oleh sesiapa sahaja..tetapi buat yang terpilih dalam nilaian Allah jua..
    sedikit perkongsian..
    lumrah buat insan merasai sedih bilamana diuji dengan suatu kesukaran..Allah tidak menghukum hambaNya yang menangisi apa yang dilalui sebaliknya kita tidak boleh menyalahkan pemberian Allah pada kita..
    ada sesuatu yang menanti kita di hari hadapan..
    berhadapan dengan masalah di medan juang, jangan sampai membuatkan kita lemah semangat dan putus asa dalam melaksanakan amanahNya..apatah lagi putus asa pada rahmatNya..ujian untuk menguatkan..menguatkan ilmu dan pengalaman kita untuk menghadapi situasi yang sama di masa hadapan..ini mungkin suatu permulaan..siapa tahu di hadapan ujian yang lebih sukar menanti kita..
    dan bersabarlah…bukan dengan lahiri tapi dengan ruhi…
    perhatikan isi hati Furqan, pengubat keresahan dan ketandusan..

    “Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah atas apa yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara penting”
    (surah luqman:17)

    salam mujahadah memburu redha Ilahi……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: