Puan, maafkan saya..

Guru,pensyarah ataupun pendidik miskipun saban hari datang ke kelas untuk menyampaikan ilmu, namun mereka adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan untuk sentiasa berhadapan dan berkomunikasi dengan anak murid di hadapannya.

Jiwa seorang pendidik ini perlulah dijaga dan diberi perhatian, jangan sesekali mengecewakan mereka dengan sikap kita yang keterlaluan.

Peristiwa ini terjadi pada kami sekelas, yang mana ia menjadi pengajaran yang berguna pada diri saya.

Suatu hari pernah saya dan ramai rakan sekelas tidak datang ke kelas. Bukan disebabkan kami malas, tetapi sangat sibuk dengan assingment yang perlu disiapkan. Pada petang itu pulak kami ada presentation, masing-masing kalut membuat persediaan. Presentation dalam english, bukannya suatu tugasan yang mudah.

Akhirnya keesokan harinya kami dimarahi oleh pensyarah kami. Pensyarah kami merajuk tak nak mengajar kami sekelas. Akhirnya baru saya menyesal tindakan tindakan yang saya lakukan.

Taklifan yang diberikan kepada saya selaku ketua kelas secara tak rasmi menambah lagi rasa bersalah saya pada rakan-rakan sekelas saya terhadap pensyarah kami.

Dalam hati saya berkata alangkah bagusnya kalau saya becekang mata sekejap di dalam kelas miskipun tidur pukul 2,3 pagi semata-mata nak siapkan assingment. Tentu tak akan terjadi begini.

Dalam pensyarah berleter, dia memberi nasihat yang berguna pada kami miskipun kata-katanya cukup pedas.

Saya menerima sahaja leterannya. Kerana antara adab kita dengan guru ialah menghormati apa yang dikatakannya miskipun kita tidak menyukai perlakuannya.

Habis dari kelas, saya meminta maaf pada pensyarah saya.

Apa yang saya harapkan pada dia supaya dia meredhai segala ilmu yang dicurahkan. Saya tak bimbangkan keputusan saya rendah, tetapi yang paling membimbangkan saya ialah saya mendapat ilmu yang tidak berkat.

Ilmu yang tidak berkat bukan sahaja dibawa ke dunia semata-mata, tetapi dibawa hingga ke akhirat.

Puan, maafkan saya. Saya berjanji tak kan buat kesilapan yang sama..

ustaz_engineer,

Oktober 2008.

~ oleh ustaz2engineer di 21 Oktober, 2008.

4 Respons to “Puan, maafkan saya..”

  1. salam anta ni…subjek apa??? ana pun kadang-kadang tido lambat jadi kelas yg pukul 8 pagi jadi mangsanya… tak dtg…nak dekat 3 kali jugak… betul ape yg anta cakap tu… tetapi redha guru kita mengatasi kemarahan dia…jgn buat lagi…HIdUp KUliAh.!!!!

  2. Syukran ct sarah. Subjek Control System. seorang mukmin yang baik tak kan melakukan kesilapan secara ‘twice’. Kita juga insan biasa yang kadang-kadang tak mampu menjaga hati semua orang terutamanya pensyarah. Dan jugak tak mampu mengawal atitude yang ada pada diri di saat datangnya pressure.

  3. waaaa..kita senasib~kelas kami pun baru mengalami kes yg sma..subjek yg sama..lecturer je lain..kami xdtg tutorial secara berjemaah (mmg x d rancang) coz mlm 2 ade test thermo n esok ade lab test material..n pd hari yg sama kena submit assgment..so sume xdtg tutor control!!
    natijah dr “ponteng x berniat” 2 mnyebabkan lecturer kmi bengang n carry mark kmi kne minus 5marks..sgt bnyk!!
    tp ble kmi pergi jmpa lecturer semula,terangkan keadaan kami,n kami mntak maaf sgt2 pd beliau,beliau terima n alhmdulillah beliau seperti lembut hati untuk cancel denda pd kami.

    so pengajaran dr cni,kalo ade pape problem untuk dtg tutor (cm kes kmi 2) pegi jmpa lecturer yg berkaitan..cm encik arfauz kata,”kalo kamu semua jumpa sy n bagitu keadaan kamu,sy boleh je cancel kelas n postpone hari lain,,tapi bila kamu x cakap apa2, sy assume kamu ok,xde masalah nak dtg kelas.tapi bila sy smpai kelas,xde sape kt kelas,saya bengang la.”
    so as da conclusion,lecturer pun manusia biasa.mereka pasti faham kalo kita terangkan keadaan yg sebenar..jgn ponteng macam tu je.

    dah nk exam ni,kena mntak maaf dengan semua org especially parents n lecturers..
    smoga ilmu yg d smpaikn d redhai~

    *sori la terlalu panjang

    >> ustaz_engineer : syukran arif_hakimi.cuma kalau oleh tolong tulis ayat full ye. bukan short form. Letih saya edit komen awak. :-) Allakullihal, setiap komen yang diberi amat saya hargai..

  4. slm,baguslah kalau keredhaan guru n keberkatan ilmu mjadi keutamaan.kbykn org belajar kerana nak ilmu.Akhirnya setelah mjadi hebat,terpegun dgn dri sendiri.Seterusnya byk mbuat tindakan untuk mdapat kpentingan peribadi.Pesanan Imam Syafie,kita belajar bukan untuk ilmu tetapi untuk mjadi semakin dekat dengan Allah dan jauh dari kejahilan.smg Allah beri keberkatan masa.gud luck exam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: