Disitu Terpancarnya Keizzahan Seorang Pemuda

semasa operation dakwah merdeka 2008

semasa operation dakwah merdeka 2008

Salam ukhwah fillah di ucapkan kepada mereka yang sudi membaca artikel ini.

Entah kenapa hati saya sering meronta-ronta untuk menulis al-kisah ini. Sudah sekian lama saya nantikan saat yang sesuai, akhirnya ada jugak peluang untuk saya berceloteh. Kali ini saya ingin menceritakan berkenaan seorang tokoh muda yang cukup saya kagumi.

Beliau merupakan seorang pemuda yang cukup gah di dunia persada mahasiswa islam. Bila disebut namanya, rata-rata mahsiswa yang terlibat secara aktif dalam gerakan persatuan islam di universiti mengenali beliau. Siapa lagi kalau bukan saudara Dzulkhairi Mohd Noor, presiden GAMIS.

Secara senyap-senyap saya berminat untuk mengikuti perkembangan beliau, lalu menjadikan beliau sbg mentor saya. Beliau bukan sahaja dianugerahi suara yang lantang seumpama sukarno, tetapi juga dianugerahi ilmu yang melimpah ruah. Saya bukanlah berhajat untuk ‘mengangkat beliau ke langit’, tetapi ingin sekali saya mencontohi beliau, menjadi sorang pemuda yang sangat cekal berjuang membela islam di tanah air sendiri.

Sesungguhnya Allah s.w.t akan meletakkan keizzahan kepada sesorang hamba yang dicintainya sebagai lambang kekuatan islam. Dan saya melihat beliau adalah salah seorang daripadanya.

Sibuk Bukan Alasan

Seringkali saya menatap blog beliau untuk melihat artikel yang baru diupload. Hingga suatu ketika saya cukup tersentuh hati apabila membaca salah satu artikel yang bertajuk Inilah Hidupku . Bila dilihat dugaan kehidupan yang menimpa keatas dirinya, barulah saya sedar betapa kecilnya pengorbanan yang saya usahakan selama ini.

Saya berbisik dalam hati saya, oh rupa-rupanya begitu perit sekali ujian yang ditimpa bagi seorang presiden GAMIS.

Siapa yang dapat menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang mahasiswa yang paling sibuk sekali di dalam malaysia ini. Apa tidaknya dengan jawatan yang disandang beliau, cukup menjadikan masa beliau cukup padat dengan kerja-kerja islam. Miskipun sibuk dengan tugasan luar, namun masih sempat mengupload artikel ke dalam blog.

Isk, malunya jika nak dibandingkan dengan saya, dahlah tak sibuk mana, kemudian kata tak ada masa nak upload artikel pulak tu..hehe.

Bola dan Air

Kehidupan manusia adalah seumpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air. Semakin kuat kita menekannya, maka semakin kuat ia melambung ke atas. Itulah realiti fitrah manusia. Semakin kuat dugaan yang menimpa, maka semakin cekal dirinya menongkah arus yang malanda.

Sudah beberapa kali saya pernah bersua dengannya semasa dalam program-program anjuran GAMIS. Hingga suatu ketika saya sempat bertegur sapa dan makan semeja dengan beliau. Anehnya apabila saya bersembang dengannya, kelihatan beliau sama saja dengan sahabat-sahabat yang lain. Gemar bergurau senda, dan seorang suka merendah diri.

Bila saya lihat beliau berada di atas pentas, kelihatan karismatik terpancar keluar dari mulutnya. Namun apabila saya berada dekat bersembang dengannya, kelihatan sifat itu hilang. Ternyata itulah akhlak seorang islam, memuliakan sahabat lebih daripada diri sendiri dan tidak suka membangga diri.

Dare to Change

Siapa yang dapat menafikan bahawa diri kita mampu menjadi seorang yang hebat sama seperti Ustaz Dzulkhairi dan sahabat-sahabat seangkatan yang lain. Hakikatnya manusia mampu menjadi seperti apa yang diinginkan. Al-Quran telah menyatakan kebenaran. Surah ar-a’d ayat ke 11. ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.”

Ingatlah bahawa kita jangan mengharapkan keizzahan itu datang dengan nawaitu ingin membanggakan diri, tetapi atas dasar semangat ingin membela agama islam, membantu perjuangan para anbia’, maka barulah Allah menurunkan hikmahnya.

Setakat itu sahaja celoteh dari saya. Saya ingin menjadi seorang professional islam suatu hari nanti. Sama seperti Ir.Nizar, menteri besar Perak. Anda pula bagaimana?

ustaz_engineer,

September 2008.

~ oleh ustaz2engineer di 6 September, 2008.

4 Respons to “Disitu Terpancarnya Keizzahan Seorang Pemuda”

  1. salam kepada pengunjung blog ni… ana mmg tertarik sgt dgt coretan minggu ni… lagipon ana gak peminat no satu ustaz zul.. Alhamdullillah Allah SWT telah mempermudahkan ana utk bersua muka dgn Ustaz Zul di prog Gamis.. ana sgt tertarik dgn pemikiran,akhlak, pendekatan,semangat n sahabat2 disekeliling dia…ana harap kita di peringkat mahasiswa ni bolehlah ambil seberapa byk pengajaran n pngalaman Ustaz sbb ana rasa perjuangan dia amat dekat dgn situasi ana di kampus…mmg byk ana nk coretkan ttg Ustaz tp cukup lah stakat ini sahaja… wasalam

  2. Salam..
    ana setuju dgn pendapat saudari.
    berbekalkan kepimpinan mereka diperingkat nasional,
    dapat dijadikan contoh kepada mahasiswa diseluruh
    universiti.

    menjadi mahasiswa yang sebenar-benarnya seorang
    mahasiswa!

  3. salam..ust dah lama menulis artikel ini..pd waktu itu ana betul2 ingin mengenali dgn lbh dekat dgn presiden GAMIS ini..alhamdulillah,akhirnya ana dpt jg mendengar scr berdepan ceramah berliau dlm masa terdekat ini..beliau mmg seorg yg byk ilmu dan lantang berkata2,namun maaf..disini ana melihat cb membw 1 perubahan bru dlm jemaah,hinggakan boleh mengatakan muslimat boleh menjadi pemimpin dlm menguruskan sesuatu program,dlm masa yg sama muslimin ada pd wak2 tersebut,ana betul2 membangkang..ada lg kata2 beliau yg mengelirukan ana..tp ana tdk mahu ulas tntg itu..ana pun bkn manusia yg perfect tp apa yg ana rse ianya x berpatutan,ana rse perlu ana katakan..maaf jika kata2 ana agak keterlaluan..ana mmg kagum dgn semangat anak muda sprt ust zul ini..tp ada kalanya kita perlu menilai dan berfkr btl2 dgn setiap perkataan yg diperkatakan..asif..wassalam.

  4. Apepun..ana memang kagum dengan ilmu beliau yg cukup banyak dan mantap

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: