Sang Murabbi : Filem Menyentuh Jiwa

movie sang murabbi

Suatu hari, ada salah seorang sahabat saya mengirim sebuah link berkenaan tentang sebuah trailer movie yang baru keluar dari pasaran di Indonesia yang berjudul Sang Murabbi.

Apabila saya menatap trailer tersebut, saya berasa cukup terharu dan kagum dengan jalan cerita yang ditunjukkan oleh pengarah filem tersebut.

Miskipun tidak begitu kenal dengan watak utama movie tersebut, Ustaz Rahmat Abdullah, namun berdasarkan sinopsis cerita dapat disimpulkan bahawa beliau adalah seorang individu yang amat berkarismatik di kalangan da’e di bumi Indonesia.

Beliau adalah merupakan salah seorang individu yang terlibat secara langsung dengan dunia pentarbiyahan. Sesuai dengan gelarannya sebagai murabbi (pendidik).

Beliau juga adalah di antara pemimpin tertinggi di dalam PKS (Partai Keadilan Sejahtera).

Kesimpulannya, apa yang menarik bagi saya adalah berkenaan tentang bagaimana filem ini menceritakan kesungguhan seorang ustaz yang bertungkus lumus bermula dari awal usia menuntut ilmu dan mengembangkan dakwah risalah para nabi yang murni ini.

Bermula dari peringkat awal dengan menyebarkan kefahaman kepada golongan as-syabab (pemuda) di sekitar kawasan kampong beliau.

Kemudian beliau mula menubuhkan sebuah organisasi yang bernama Pemuda Raudhatul Falah (PARAF).

Dari situ beliau suba menghidupkan aktiviti di surau dengan mewujudkan pementasan teater di kampung beliau. Salah satu aktiviti yang jarang dilakukan oleh para da’e pada masa itu.

Membina Dunia Perfileman Islam

Selain daripada itu satu perkara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana munculnya industri perfileman islam di indonesia seumpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Terdetik di dalam fikiran saya bilakah lagi filem-filem seperti itu dilahirkan oleh sastera-sastera dan penerbit islam di malaysia.

Kita sudah muak dan jemu dengan filem-filem di Malaysia yang berunsurkan percintaan yang tidak mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Saya juga berimpian supaya apabila dewasa kelak dapat menjadi seorang produser yang dapat menerbitkan sebuah filem islamik.

Sekiranya tiada mereka yang kehadapan untuk melakukan perkara sedemikian, maka apa salahnya kami kehadapan dalam menggalas usaha yang murni ini.

Insyallah, semoga Islam akan kembali menyinari hati-hati yang jauh kepadaNya ..

Sila layari : http://www.sangmurabbi.com/

Ustaz Engineer.

Ogos 2008.

~ oleh ustaz2engineer di 7 Ogos, 2008.

7 Respons to “Sang Murabbi : Filem Menyentuh Jiwa”

  1. salam…
    menarik jalan ceritanya…
    tapi mmg x dinafikan…
    indonesia adalah pengeluar filem2 or drama yg berbentuk tarbiyyah dn dakwah…

  2. SALAM. ana belum pernah dgr ttg film ni.thanks for the info

  3. salam..indonesia mmg banyak mengeluarkan drama/filem islamic,tp ana lihat banyak cerita2 yg mempersendakan agama,meremehkan agama,malah boleh menyesatkan orang Islam yg lain..ayat2 cinta sendiri pun begitu berlainan dr buku asalnya,bagaimana ia menunjukkan derhakanya seorg isteri pd suaminya,boleh meninggalkan rumah tanpa izin,iatu aisya..ckp berbeza apa ditulis dlm buku..untuk cerita sang murabbi ana belum lagi tengok,ana harap uslub dakwah yg diperlihatkan betul-betul berlandaskan agama..insyaALLAH.

  4. assalamualaikum warahmatullah,

    alhamdulillah ana sudah memiliki cd cerita ini dan selesai menyaksikannya. Memang filem ini sarat dengan isi dakwah dan tarbiyyah di tambah enak dengan laungan kata2 semangat dan jihad yg dipetik dr kata2 asal almarhum ustaz. Memang tiada masa untuk terbuai dengan cinta dunia. Memang digalakkan untuk di tonton oleh semua esp pelapis da’ie kita…wallahua’lam..

    Ramadhan Kareem…

    Wassalam

  5. Syukran..
    Ana masih lagi belum menonton filem tu.
    Hanya sekadar tonton trailer dia je.
    Boleh ukhti nahwanNur kongsi pada ana filem tu.
    Ana berminat sangat nak tonton..

  6. salam ustaz…maaf lambat, kalau berkeperluan ustaz nak pinjam dr ana dan sahabat ustaz memang takde cd tu, ana tak keberatan.

    jika sudah tiada jalan, ustaz boleh hubungi ana di email ni

    insyaALLAH sedaya termampu ana usahakan

  7. salam ustazengineer…

    ana ada jalan2 ke blog sahbat2 ingtkan ustazahengineer je ada. ustaz pun ada ya. Baguslah,teruskan usaha dakwah. Ana tgk kat youtube je.nampak mcm menarik. ada masa ana download jela.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: