Membina Usrah Yang ‘Unik’

Suatu hari, sedang saya dan sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk memulakan usrah kali pertama bersama adik-adik, terdetik dalam fikiran saya tentang pengalaman saya sewaktu berada di bangku sekolah, iaitu semasa berada dalam tingkatan satu.

Pada masa itu saya mendapat tawaran di salah sebuah sekolah menengah agama.

Miskipun hanya selama 8 bulan sahaja saya belajar di sana, namun saya beroleh seribu hikmah yang di berikan oleh Allah s.w.t, seolah-olah di situlah saya baru mengenali Islam.

Diringkaskan cerita, pada masa itu sedang saya berada di musolla solat berjemaah dan berzikir kepada Allah, tiba-tiba saya didatangi oleh seorang abang yang tidak dikenali. Dia datang menghampiri saya dan mengajak saya bersembang dengannya.

Melihat perwatakannya yang sederhana dan sopan tutur bahasa, dia secara spontannya berkata kepada saya,

“Abang tertarik melihat enta, seolah-olah enta ni ada kelebihan. Boleh abang tahu enta ni tinggal di mana dan sebelum ni mengaji kat mana?”. Lalu saya pun menceritakan latar belakang diri saya kepadanya dengan perasaan penuh gembira.

Saya masih ingat abang itu bernama Halim. Dia seorang yang amat sederhana dan tidak terlalu menonjol dalam aktiviti persatuan ataupun kegiatan luar. Hanya beberapa kali saya dapat melihat dia muncul semasa persatuan menjalankan jualan dan juga semasa berada di musolla.

Pada awalnya saya tidak kenal apa itu usrah. Saya hanya melihat usrah itu hanyalah liqa’ biasa sahaja, yang membincangkan tentang hal ehwal yang berkisar tentang agama.

Semasa berada di sana, pernah beberapa kali diadakan usrah, tetapi pada tempat dan suasana yang berbeza. Seingat saya sekali seminggu ada beberapa orang abang-abang yang datang ke dorm saya pada waktu malam, membacakan surah al Mulk secara beramai-ramai.

Kemudian pada bulan puasa pula diadakan majlis tadarus al-quran dimusolla. Pernah beberapa kali diadakan liqa’ sedemikian, saya ponteng dengan memberi bermacam-macam alasan. Abang Halim pada ketika itu tidak pernah memarahi saya. Miskipun pada masa itu saya seorang yang agak nakal. Maklumlah zaman budak-budak.

Hinggalah pada suatu hari, saya mendapat tawaran belajar disebuah sekolah beraliran ‘sekular’. Saya berbincang dengan keluarga, dan akhirnya mengambil keputusan untuk belajar di sana. Dalam masa hampir seminggu, ketika saya ingin keluar dari sekolah tersebut, saya cuba memaklumkan perkara ini kepada naqib saya.

Bila dia mengetahui perkara tersebut, dia amat terkejut dan ingin mengajak saya berjumpa dengannya di musolla pada waktu lewat malam. Pada malam itu saya ke musolla, berehat di bahagian tepi dan melihat tiada kelibatnya. Lalu saya tunggu dan tunggu hinggalah saya tertidur di dalam musolla itu.

Kemudian, apabila menjelangnya subuh, saya bangun dan tiba-tiba saya terlihat ada sekeping nota bersaiz poskad di bahagian tepi saya. Lantas saya membukanya dan membaca nota tersebut.

Didalam nota tersebut tertulis, “Adik, pertamanya saya memohon maaf, kerana tidak menepati janji. Bukan kerana saya sengaja, tetapi entah macam mana saya boleh terlupa. Harap dimaafkan. Cuma saya berharap dapat bercakap dengan adik sebelum meninggalkan sekolah ini.

Begitu berat rasanya nak membiarkan adik pergi tetapi apa boleh buat ia menjadi pilihan yang empunya. Sekali lagi saya memohon kemaafan beribu-ribu ampun sekiranya sukar untuk membaca tulisan ini.”

Di bahagian kanan pula tercatat dua kata-kata hikmah sebagai pedoman kepada diri saya. “Jadilah manusia sejati, jangan biarkan orang lain merosakkan kita.” “Allah sentiasa melihat pergerakan kita”.

Selepas saya membaca nota tersebut, saya masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dalam keadaan faham ataupun tidak. Namun dari situ terasa mengalirnya hubungan yang amat kuat di dalam hati saya. Entah mengapa saya merasakan hubungan ini yang belum pernah saya rasakan sebelum ini.

Inilah yang dinamakan ukhwah islamiyyah yang dilahirkan atas dasar mukmin yang bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

Selepas daripada itu, saya pun berpindah ke sekolah baru tanpa bertemu dengannya buat kali yang terakhir. Poskad itu masih lagi dalam simpanan saya hinggalah pada hari ini.

Usrah, bukan sekadar teori

Suatu soalan yang agak simple ditujukan kepada sahabat-sahabat. Namun hakikatnya kita jangan sekadar menjawabnya berdasarkan kepada apa yang termaktub di dalam kitab semata-mata. Ianya perlulah dinilai bersama dengan penghayatan yang sebenarnya.

Rukun usrah; 1) taaruf 2) tafahum dan 3) takaful, persoalannya sejauh mana sahabat-sahabat memahami secara mendalam pengertian rukun ini. Kita terlalu mudah menyampaikan kepada mad’u, tanpa menghayati maksud sebenarnya apa yang ingin diterjemahkan oleh Islam.

Berkisar kepada kisah di atas tadi, saya cuba mengajak sahabat-sahabat kembali kepada kontaks sebenar usrah dari sudut praktikalnya. Usrah bukan semata-mata berjumpa sekali seminggu di surau, kemudian berbincang tentang silibus usrah semata-mata.

Usrah bukan sekadar mengambil tahu sedikit sahaja masalah ahli tanpa menziarahi dan bertanya khabar kepada mereka. Dan usrah bukan juga medan untuk membezakan antara naqib dan ahli dengan meletakkan harapan supaya ahli dapat hormat kepada ketua mereka.

Maafkan saya bukanlah yang terbaik untuk membincangkan soal usrah. Namun saya cuba berkongsi dengan sahabat-sahabat agar dapat merenung dan menghayati.

Menurut pendapat seorang ustaz yang faqih dalam bidang ini, terdapat 4 elemen yang perlu diambil perhatian oleh naqib terhadap mad’u, iaitu roh, akal, hati dan nafsu. Sekiranya salah satu elemen ini dipandang remeh oleh naqib, mad’u yang dihasilkan menjadi tidak sempurna dari segi tarbiyyahnya.

Ahli usrah mereka perlu diberi pengisian ilmiyyah, kefahaman tentang agama. Mereka juga perlu diberi pengisian terhadap jasadiyyah, keperluan mereka dalam bersukan, berkelah dan sebagainya.

Hati mereka perlu sentiasa disuburkan dengan sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka, samada masalah peribadi, akademik dan sebagainya. Dan nafsu juga seperti makan perlu disediakan sebagai contoh selepas mengadakan usrah. Barulah individu tersebut dapat menjadi individu yang berna-benar berkualiti.

Saya cuba menjadikan ahli usrah seperti adik-adik saya sendiri. Diasuh, disayangi dan dididik dengan baja ukhwah islamiyyah. Kemudian disemai dengan harapan mereka tumbuh dan lahir menjadi seorang da’e yang lebih hebat daripada saya.

Anda pula bagaimana?

Ustaz Engineer,

Julai 2008

~ oleh ustaz2engineer di 26 Julai, 2008.

5 Respons to “Membina Usrah Yang ‘Unik’”

  1. assalamualaikum. salam ziarah dan syukron di atas link blog ana. ana memang sgt berminat membicarakan hal-hal tarbiyyah terutamanya usrah. yap, sememangnya ana sgt optimistik dengan pendekatan usrah yg perlu dikaji semula sistemnya mahupun kaedah perlaksanaannya. landskap tarbiyyah zaman sekarang bukan seperti 5 tahun yg lepas, perlu diubahsuai, di inovatifkan sesuai dgn sasaran dakwah zaman sekarang, penuh cabaran dan plbagai citarasa. Mari kita berfikir bagaimana melahirkan nuqoba’ moden dan usrah kontemporari. bukan lagi nuqoba’ tradisional dan usrah teori yang masih dipraktikkan oleh sebilangan da’e zaman kini.

    wassalam.mg kita boleh berkongsi ilmu lagi.
    ana berminat memperluaskan perbincangan dengan anta melalui blog ini memandangkan konsep kita sama. tapi msih belum punyai masa dan kesempatan yang luas. Insya-Allah, mg dipermudahkan. mohon link juga ya.

    Re-engineering manusia-kembali membina manusia…jumpa lagi.

  2. moga2 panji dahwah islamiah terus subur..

  3. salam…cam ne nak wujudkan usrah yg unik…

  4. Buat ukhti nurfatihah, usrah yg unik di dlm blog sy sbnrnya lebih ke arah pembinaan usrah yg lebih dekat hubungannya antara naqib dan juga mad’u, seolah2 seumpama adik-beradik.

    Naqib menjd abg dikala perlukn kasih sayang, menjd ketua di kala perlukan kepimpinan, jg menjadi seorang ustaz dikala dahagakan ilmu ukhrawi..

  5. salam..utk menjadi seoramg naqid/naqibah yg serba berkebolehan mmg agak sukar..tp bagi ana kita boleh menerapkan dan memberikan sikit demi sedikit ilmu,pengalaman dan kelebihan yg kita ada..mad”u kebanyakannya skrg ni begitu menginginkan naqib/naqibahnya ckp sempurna..kita jg manusia biasa,ada kelemahannya..membina usrah yg unik mmg baik..perlaksanaannya perlulah teratur & rapi.kasih syg terbentuk dgn kuatnya ukhwah antara naqib/naqibah dgn mad’unya..kenali mereka dan rungkaikan masalah mereka,barulah berdakwah pd mereka..kasih sayang yg ditunjukkan akan lebih mengeratkan lagi ukhwah antara sesama ahli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: