Apa ertinya saya menganut Islam?

Mengikut perangkaan terbaru di dalam laman web cia fact sheet dan islamic population, jumlah populasi umat islam dunia kini telah mencecah 1.61 bilion pada tahun 2007. Jika dianalisis, secara puratanya empat orang penduduk dunia bersamaan seorang yang beragama Islam. Angka ini telah mengejutkan agama lain di dunia terutamanya agama kristian katolik.

Mungkin perkara ini mendatangkan kebanggaan bagi kita selaku penganut agama Islam. Namun secara realitinya cuba anda fikirkan adakan jumlah umat Islam yang ramai ini adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar mengamalkan Islam?

Apa ertinya saya menganut Islam?

Tanyalah jauh disudut hati anda, apa ertinya saya menganut Islam. Umat Islam pada hari ini majoritinya menganut agama suci Islam berdasarkan kepada warisan keturunan. Bila mereka dilahirkan saja di bumi ini, secara automatiknya tercatit didalam sijil kelahiran mereka status beragama iaitu ‘Islam’.

Tajuk yang saya letakkan di dalam artikel ini mungkin sebahagian pengunjung sudah lazim akan sinonimnya sengan sebuah buku karangan ustaz Fathi Yakan yang bertajuk maza yakni intima’e lil islam. Namun bukannya saya berhajat untuk mengaitkannya dengan kupasan buku tersebut, cuma saya nak mengajak sahabat-sahabat supaya bersama-sama menghayati secara mendalam akan pengertian sebenarnya menganut agama Islam itu sendiri.

Serangan pemikiran

Umat islam kini telah diresapi dengan serangan pemikiran iaitu ghuzwatul fikr yang begitu dahsyat. Sehinggakan mereka berasa asing dengan agama yamg mereka anuti sendiri. Sumber ada menyebutkan kira-kira 50,000 remaja Melayu di sekitar Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad. Tentu perkara ini cukup mengejutkan kita.

Genarasi muda pada hari ini majoritinya terdedah kepada serangan pemikiran sama ada secara langsung ataupun tidak. Sama ada melalui media elektronik, pembawakan budaya baru dan juga kesan imperialisme penjajah sejak 50 tahun lalu. Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.

Saya teringat akan kata-kata seorang ustaz yang kini popular di negeri pantai timur, Ustaz Azhar Idrus. Beliau pernah berkata bahawa umat Islam kini seumpama berlayar ke suatu destinasi, yang mana telah berada jauh daripada penghayatan Islam yang sebenar.

Sehinggakan mereka berasa janggal dengan agama mereka sendiri. Apabila disuruh untuk berpaling dan kembali semula ataupun ‘go stand’, mereka rasa teramat jauh. Lalu mereka merasa malas untuk kembali ke tempat asal mereka. Itulah menyebabkan mereka hanyut di buai arus peredaran zaman.

Kembali kepada Islam.

Umat Islam hakikatnya perlu kembali kepada bekas asalnya iaitu bersumberkan al-quran dan as-sunnah yang tulen. Hanya dua sumber ini yang menjadi benteng pertahanan kepada umatnya supaya kembali menjadi umat yang paling mulia di atas muka bumi ini. Inilah gagasan utama yang diperkenalkan oleh Ikhwanul Muslimin, pelopor kepada pembaharuan gerakan Islam di dunia pada abad ke-20.

Mengapa golongan kuffar iaitu rejim Zionis, juga sekutunya iaitu Britain dan Amerika Syarikat cukup memusuhi umat Islam. Kerana Islam itu sendiri adalah agama yang benar-benar suci dan mulia daripada agama lain. Justeru kerana itulah mereka tidak berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan Islam, bermula daripada dendam mereka sejak dalam perang salib.

Seorang bekas perdana menteri Britain, Lord Gladstone pernah berkata selagi al-Quran ini ada, Eropah sendiri tidak akan berasa aman”. Demikian juga ditegaskan oleh George Brown pada tahun 1944, katanya, Dahulu kita bimbangkan berbagai-bagai bangsa, tetapi selepas percubaan kita dapati tidak ada justifikasi untuk merasa takut, namum bahaya yang sebenarnya wujud dalam sistem Islam dan kemampuannya untuk meluas, dayanya untuk menundukkan, kecergasannya untuk berkembang,ia merupakan satu-satunya tembok penghalang penjajah Eropah”. Sama-sama fikirkan.

Dalam artikel ini saya cuba membawa pengunjung kepada kesedaran akan bahayanya ancaman mereka yang memusuhi Islam. Insyallah jika berkesempatan saya akan cuba menjelaskan tentang perkara yang perlu ada pada umat Islam hari ini bagi melengkapkan diri menjadi fardul muslim (individu muslim) yang sebenarnya.

Sekian, wallahua’lam..

Ustaz Engineer

June 2008

~ oleh ustaz2engineer di 18 Jun, 2008.

2 Respons to “Apa ertinya saya menganut Islam?”

  1. slm ziarah..sedikit kepenatan…teruskan perjuangan demi Islam,us slh sorg dr shbt seperjuangan ana..cukupla tu je yg perlu diketahui rasenye.asif,syukron..

  2. Kita sering mengkritik menghentam orang lain kerana kita rasa kita pandai tapi ingat kepandaian hanya satu dugaan bukan untuk memperbodohkan,,,…………………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: