MOU IPT tempatan dengan Al Azhar dibatalkan KPT (faisalkini.blogspot)

Tindakan kerajaan Malaysia membatalkan MOU diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan Universiti Al-Azhar merupakan salah satu tindakan yang dianggap mengkhianati budayamencari ilmu yang diamalkan sejak sekian lama di dalam negara kita. Berdasarkan hujah dangkal yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Harun Idris bahawa tindakan membatalkan MOU ini adalah kerana pihak KPT sedar bahawa para pelajar sektor pengajian Islam mempunyai peluang yang tipis di dalam bidang pekerjaan dan tidak memenuhi tuntutan sektor pekerjaan yang sedia ada.

Saya merasakan hujah tersebut terlalu biadap kepada para pelajar pengajian Islam di seluruh IPT di dalam ataupun luar negara. Beliau menyamakan kursus pengajian Islam dengan para pelajar kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dikatakan mempunyai pasaran kerja yang terhad.

Ingin saya tegaskan bahawa, kenyataan tersebut ternyata salah dengan konsep menuntut ilmu yang di amalkan oleh para pelajar bidang agama. Bagi pelajar pengajian Islam, rata-rata dikalangan mereka terutamanya dikalangan mahasiswa al-azhar, mereka menuntut ilmu adalah kerana ingin membantu membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan mengamalkan Islam dengan sempurna.

Bagi mereka soal pekerjaan bukan menjadi matlamat utama kerana kebanyakkan daripada mereka apabila pulang menjadi penggerak masyarakat dipelbagai lapangan. Ada dikalangan pelajar agama yang masuk ke dalam bidang profesional. Ada juga yang menginfaqkan diri ke jalan Allah dengan menjadi pendakwah sepenuh masa. Tidak kurang juga dikalangan mereka yang membuka pondok dan menyebarkan ilmu melalui kelas-kelas yang dijalankan.

Oleh itu tidak timbul isu bahawa pelajar Pengajian Islam yang menganggur. Saya melihat apabila Dato Idris menyatakan bahawa pelajar Pengajian Islam kurang pasaran, saya sendiri sebagai salah seorang mahasiswa Pengajian Islam melihat perkara ini ianya hanya alasan yang direka-reka semata-mata.

Di saat-saat mahkamah syariah masih lagi belum mempunyai hakim yang cukup, bahkan pejabat-pejabat agama sendiri belum mempunya pegawai sulh dan pegawai agama yang mencukupi, pihak KPT sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Manakala subjek J-QAF yang dilaksanakan juga memerlukan kepada pelajar lepasan Pengajian Islam. Kenapa KPT hanya menjadi pelajar Pengajian Islam sebagai sasaran terutamanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

Mungkin pihak KPT melihat dengan lahirnya para ulama dari bumi anbiya ini akan mengancam kedudukan kerajaan 5 tahun akan datang. Saya melihat ianya merupakan isu pendidikan yang cuba dipolitikkan. Kepada pihak KPT jangan mempolitikkan isu pendidikan ini. Sudahlah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dibunuh beberapa tahun yang lepas, janganlah dibunuh pula “ulama-ulama” yang bakal lahir daripada bumi anbiya. Biarlah bumi Malaysia yang sudah sekian lama dihujani dengan fahaman sekular ini dibersihkan oleh golongan agamawan dari timur tengah ini.

~ oleh ustaz2engineer di 28 Mei, 2008.

Satu Respons to “MOU IPT tempatan dengan Al Azhar dibatalkan KPT (faisalkini.blogspot)”

  1. camne la orang camni boleh jadi menteri.. haru-biru dibuatnye.. isk3x..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: