Hidayah Yang Tersembunyi (part #2)

Sambungan daripada artikel sebelum ini…

Sehinggalah sampai di penghujung semester, yang mana kami kemungkinan tidak akan tinggal serumah lagi. Masing-masing mengikut haluan masing-masing. Namun saya merasakan ada hikmat yang Allah s.w.t ingin tunjukkan disepanjang masa saya berada bersama mereka.

Peristiwa Ajaib

Kembali kepada kisah sahabat serumah saya tadi, suatu hari datang sebuah peristiwa yang meng’ajaibkan’ diri saya. Pada pagi subuh yang hening, ketika saya dan rakan-rakan sedang tidur enak dibuai mimpi, tiba-tiba pintu bilik saya diketuk seseorang. Kebiasaannya di rumah kami ada seorang rakan saya yang biasanya tidur lewat dan dia selalu azan subuh di surau.

Saya suka menggelarnya sebagai ustaz rock.

Sebelum dia turun ke surau dia akan kejutkan saya, bimbang takut dia sorang saja nanti yang solat di surau. Tapi pada hari tu saya terkejut, yang mengejutkan saya dari dari tidur bukannya dia, tetapi sahabat saya yang sorang lagi, rockers yang saya ceritakan sebelum ini!

Saya tergamam, bila dia gerakkan saya untuk solat Subuh. Lalu saya bangkit dari tidur, kemudian saya pergi menunaikan solat Subuh secara berjamaah di surau. Kemudian sempat saya melihat kali pertama dia mengilas kain pelikat. Saya amati betul-betul pergerakan dia, memang sah tadi dia solat Subuh!

Hidayah Yang Tersembunyi

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Akhirnya Allah memakbulkan doa saya. Sinar hidayah sedikit sebanyak terpancar menusuk ke dalam lubuk hatinya. Pada hari lain pernah suatu ketika dia termenung dengan begitu asyik apabila melihat videoklip hafiz boy, seorang budak lelaki yang suaranya begitu merdu membaca surah Yaasin.

Terharu saya melihatnya. Mungkin dia ingin berubah, namun memerlukan masa.

Ada juga suatu ketika girlfriendnya ada mengirimkan sebuah buku agama kecil yang mangandungi kaifiat surah-surah amalan. Itulah fitrah manusia, sejahil-jahil manusia suatu ketika mereka akan kembali ke tempat asal mereka.

Jahil vs Degil

Sesekali juga saya merintih kepada Allah s.w.t di atas kelamahan diri saya selama ini. Hanya sekadar ini sahaja saya mampu berdakwah memberi kefahaman agama kepada mereka. Saya memohon ampun kepada Allah s.w.t, semoga saya tidak tergolong dikalangan mereka yang akan ditarik ke neraka kelak disebabkan golongan alim tidak menegur golongan yang jahil.

Dan saya tahu dia sebenarnya jahil, bukannya degil. Jahil dan degil merupakan dua cabang yang berbeza. Mereka yang jahil masih diberi peluang oleh Allah s.wt, dengan diajarkan ilmu kepada mereka.

Namun mereka yang degil boleh menjurus kepada munafiq, pintu hati mereka mungkin akan tertutup sekiranya sikap degil mereka tetap berterusan. Dibukanya pintu istidraj, maka nerakalah sebagai penghujungnya seandainya dia tidak bertaubat.

Bekalan Para Da’e

Ingatlah bukan suatu perkara yang mudah untuk mendidik seseorang. Dalam satu atau dua semester kita ingin melihat dia berubah, tentu suatu perkara yang mustahil jika dibandingkan dia berada di zaman jahiliyah sejak kecil lagi.

Hanya usaha dakwah yang berterusan miskipun sedikit dan bekalan doa menjadi penawar yang bisa dapat mengubati hatinya yang sekian lama terluka. Menanti akan munculnya sinaran hidayah dari Allah s.w.t. Semoga si dia dan diri ini tergolong dikalangan mereka yang beroleh keampunan dari Allah s.w.t.

Tamatlah sebuah kisah Hidayah Yang Tersembunyi….

ustaz_engineer

Mei 2008

~ oleh ustaz2engineer di 27 Mei, 2008.

Satu Respons to “Hidayah Yang Tersembunyi (part #2)”

  1. As-Syahid Syed Qutb berkata..Manusia yg hidup utk dirinya sendiri,usianya amatlahpendek bermula dr kelahirannya & tamatketika maut mengundang..akan ttp,bg mereka yg hidup utk PERJUANGAN..bermula dr hari diciptakan ADAM..berakhir tatkala DIA memusnahkan alam…
    SALAM TERUS ISTIQOMAH DLM PENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: