Sepucuk Surat Buat Sahabatku di Bumi Alexandria..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kehadapan sahabat-sahabat seperjuangan yang ku cintai sekalian, moga kalian berada dalam kesihatan yang berpanjangan di bumi para anbia’ dan juga syuhada’.

Ku tujukan sepucuk surat ini khas untuk sahabat-sahabatku yang ku kenali. Masihkah kalian ingat sewaktu kita sama-sama bertungkus lumus menimba ilmu di bawah bumbung yang sama. Terpendam perasaan hati yang mendalam, menggamit memori silam sewaktu kita sama-sama berjuang. Begitu sukar untuk dilupakan seumpama baru semalam kita bersua. Mungkinkah dalam keikhlasan kita bertemu dan berpisah kerana Allah, maka ikatan persahabatan mulia ini tetap berkekalan hingga ke akhir hayat. Lalu aku teringat akan sepotong hadith yang mulia;

“Tiga perkara yang jika terdapat di dalam diri seseorang maka ia akan memperolehi kemanisan iman. Orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka di campakkan ke dalam neraka”

(Sahih Bukhari & Muslim)

Duhai sahabat,

Tatkala diri ini melakar sepucuk surat kepadamu, adalah untuk mengubat jiwa ini yang sekian lama merindu. Aku mengakui kecintaanku kepada sahabat adalah melebihi kecintaan kepada sang kekasih. Aku katakan begitu kerana kecintaan kepada sahabat kerana diringi dengan pengorbanan, suka dan duka kita tempuhi bersama. Namun kecintaan kepada kekasih hanyalah sekadar lafaz di bibir, masih belum disertakan dengan bukti. Hanya apabila kekasih itu bergelar seorang isteri, maka ia akan menjadi seorang ‘sahabat’ yang benar-benar sejati hingga ke akhir hayat.

Ingin sekali diri ini berpesan kepada sahabat sekalian, tentang suatu perkara penting yang perlu kalian ketahui. Sesungguhnya kalian beruntung kerana telah berpeluang untuk melanjutkan pengajian di bumi asing, iaitu bumi Mesir. Seandainya universiti di benua Eropah menawarkan kos perbelanjaan yang sama dengan pengajian di universiti Al-Azhar, tentu sudah lama kaki ini berpijak di sana. Ingatlah bahawa kalian adalah merupakan insan yang terpilih, maka hargailah!

Wahai para pemuda harapan Islam,

Tidakkah engkau sedar bahawa dirimu adalah pelapis pemimpin negara. Kami di sini meletakkan seribu harapan kepada dirimu sekalian, agar engkau dapat pulang ke tanah air dengan membantu perjuangan di sini. Kembali pulang dengan ilmu penuh di dada, dengan satu tekad keazaman agar dapat menyampaikan kefahaman agama kepada masyarakat. Itulah harapan yang bukan sahaja datangnya dari lubuk hatiku, bahkan harapan seluruh pendokong Islam.

Namun, seandainya engkau tidak bermaksud sedemikian. Hanya bermatlamat sekadar ingin mengenggam segulung ijazah, kemudian pulang ingin mendapat pekerjaan yang baik, mendirikan rumah tangga dan akhirnya dapat mendirikan sebuah rumah besar yang tersergam indah. Cukuplah aku mengatakan bahawa kalau itulah matlamatmu, maka tak usahlah engkau mengaji di tempat yang jauh seperti unversiti Al-Azhar. Cukuplah sekadar engkau mengaji di tanah air sendiri maka engkau akan mendapat sekeping ijazah.

Ingatlah wahai sahabat, bumi mesir ialah bumi para ambia’,bumi para syuhada’. Di situ menjadi pusat terkumpulnya segala ilmuwan dan penyebaran agama. Dan disitulah juga juga terkandung peninggalan sejarah zaman kegemilangan Islam yang dapat dilihat sendiri oleh pacaindera. Engkau bisa dapat melihat makam junjungan besar Islam Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, mujahid Islam as-syahid Imam Hasan al-Banna, Firaun laknatullah dan sebagainya. Kami tidak berpeluang sama seperti yang engkau perolehi. Maka renungkanlah..

Cukuplah sekadar itu celoteh dariku. Mohon maaf seandainya ada terkasa bahasa, tersalah bicara. Tiada niat lain dihati melainkan sekadar ingin menegur sahabat-sahabat yang masih lenak di buai mimpi merantau di negara orang. Setelah tamatnya pengajian, sekembalinya engkau ke tanah air suatu hati nanti, aku akan berdiri dan menanti kepulanganmu dihadapan pintu airport. Aku akan memelukmu dengan sepenuh hati, mengubat hati yang lama kerinduan.

Namun sekiranya engkau pulang dengan menjadi orang pilihan kedua seperti yang aku sebutkan tadi, maka usahlah engkau bertemu denganku. Dan aku tak ingin melihat wajah engkau kerana engkau telah menghancurkan janji yang kita pernah tunaikan suatu ketika dahulu…..

Doakanlah semoga diriku sentiasa istiqamah dalam perjuangan.

Sekian,wassalam

Malaysia,

16 Mei 2008

~ oleh ustaz2engineer di 16 Mei, 2008.

2 Respons to “Sepucuk Surat Buat Sahabatku di Bumi Alexandria..”

  1. slm..syabas!! ustaz2engineer mmg menarik..dgn harapan,ustaz2engineer terus mengorak langkah lebih kedepan dlm memaparkan isu2 hangat lg ber’ilmiah..baik dibumi anbiaya’ mahupun tanah air tercinta..jika ditanya tentang siapa yg membina blog islamic menarik sebegini ..sudah tentu ana menjawab”ustaz tu engineer”teruskan perjuangan..

  2. Insyaallah sama2 kita doakan, ikhlaskan niat krn Allah dlm setiap Amal n kerja kita semoga keikhlasan kita menjadikan Amal n kerja itu bertukar menjadi IBADAH YANG ALLAH TERIMA….Insyaallah ya akhi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: