Kenapa saya nak bina blog ini?

Alhamdulillah, hanya dengan izin Allah s.w.t maka blog ini berjaya dihasilkan. Setelah puas saya berfikir,menilai dan akhirnya mencari langkah alternatif supaya usaha dakwah ini tidak terhenti setakat itu sahaja.

Antaranya termasuklah mewujudkan sebuah blog baru, dengan diberi nama baru yang lebih efektif, juga pendekatan baru yang lebih serasi dengan jiwa pemuda saya yang merupakan seorang pendakwah dalam bidang engineering yang ingin membantu perjuangan Islam.

Behind the scene

ustaz2engineer.wordpress, adalah merupakan blog yang kedua saya berjaya hasilkan selepas dari kelahiran blog yang sulong. Mungkin sahabat yang mengenali diri saya pernah melayari blog saya sebelum ini.

Untuk makluman, blog saya yang pertama terpaksa di ‘dikafankan’ disebabkan beberapa masalah teknikal dan juga dari segi pendekatan yang dirasakan kurang sesuai. Justeru itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah blog baru, yang diberi nafas baru dengan nama ustaz2engineer.wordpress.

Ada apa dengan nama ustaz2engineer

ustaz2engineer.wordpress merupakan gabungan daripada dua patah perkataan, iaitu ‘ustaz’ dan ‘engineer’. Manakala angka ‘2’ sengaja saya letakkan kerana dalam mencipta username dalam wordpress tidak boleh ada space antara dua perkataan. Mungkin secara kebetulan idea itu datang secara tiba-tiba.

Perkataan ustaz dan engineer sebenarnya adalah datang dari dua dunia yang berbeza. Apa yang ingin disampaikan ialah terjemahan kepada aspirasi seorang yang berlatar belakangkan akademik dari bidang professional, dalam masa yang sama berhasrat untuk mencapai taraf ustaz iaitu dapat menguasai bidang agama.

Ataupun ia lebih sinonim dengan istilah protaz (professional+ustaz).

Manakala angka 2, jika disebut dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘to’. Iaitu ia merupakan penghubung ataupun jambatan dari dua dunia yang berbeza ini.

Pendekatan Baru

Saya telah membuat pendekatan baru ataupun sasaran dakwah yang mana pendekatan kepada pengunjung blog ini lebih tertumpu kepada golongan engineering ataupun professional yang berminat ke arah Islam.

Dan objektif saya yang terakhir ialah ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang penat lelah, susah senang hidup dalam saff perjuangan yang sama.

Jadikanlah blog ini sebagai medan untuk menambah ilmu pengetahuan dan menajam akal pemikiran, juga sebagai ruangan untuk saling bertukar fikiran, merehatkan minda dan sedikit hiburan tatkala penat berjuang di medan jihad.

Objektif

Setelah dianalisis dan dilihat dengan lebih mendalam dengan menyelami sendiri khususnya mereka yang berada dalam dunia engineering, akhirnya saya telah menemui satu pendekatan baru dalam usaha untuk menarik mereka ini supaya lebih tertarik dengan penghayatan Islam.

Juga kepada sahabat seperjuanganku yang ku cintai, ketahuilah bahawa matlamat kewujudan blog ini adalah selaras dengan matlamat dalam diri ini.

Dengan harapan supaya suatu hari nanti dapat menjadi seorang yang bukan sahaja professional dalam bidang engineering, namun pada masa yang sama dapat menjadi seorang ‘ustaz’ yang mampu menyampaikan risalah-risalah agama kepada masyarakat.

Itulah cita-cita tertinggi yang saya letakkan dalam mencapai kejayaan duniawi mahupun ukhrawi. Insyallah..

Harapanku

Namun di sini ingin saya tekankan bahawa blog ini adalah merupakan hasil daripada cetusan idea dan pandangan saya sendiri. Saya sama sekali tidak meletakkan kepada pengunjung supaya menerima idealogi saya ini.

Pengunjung bebas untuk menerima atau menolak pandangan yang saya kemukakan. Alakullihal, apa yang penting ialah menilai terlebih dahulu pendapat seseorang sebelum menerima atau menolaknya.

Satu lagi perkara yang ingin saya pesankan ialah diharapkan kepada semua pengunjung dapat memberi komen yang positif ataupun kritikan yang membina dalam setiap isu yang ditimbulkan.

Semoga dengan segala komen yang diberi dapat membantu saya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Conclusion

Hanya kepada Allah saya berserah diri dan memohon kepadaNya supaya diberi kekuatan semoga dapat istiqamah dalam menulis artikel ini.

Disamping itu saya meletakkan bayaran untuk segala usaha yang dijalankan; jiwa,masa, tenaga dan juga pemikiran hanya kepada Allah s.w.t. Hanya dia sahajalah yang layak membalas segala usaha ini. Insyallah..

Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku tentang kefahaman-kefahaman Islam, semoga dapat ku curahkan melalui hujung jariku ini untuk disebarkan kepada serata dunia. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini dapat menjauhi diriku daripada jilatan api neraka dan melayakkan diriku memijakkan kaki ke pintu syurgaMu Ya Rabbul Izzati. Ameen..

Ustaz2engineer,

15 Mei 2008

~ oleh ustaz2engineer di 10 Mei, 2008.

6 Respons to “Kenapa saya nak bina blog ini?”

  1. Salam…matlamat blog ini nampak dengan jelas..tidak mustahil bg sy untuk menjadi salah seorang yang setia menunggu post-post baru untuk menjana pengetahuan dan dalam masa yang sama kita berdiskusi. Sy tertarik dengan kata2 salah seorang shbt yang mana dalam kata-katanya “Marilah kita berdiskusi, bercanggahan pendapat untuk mencari kebenaran tetapi masih bersahabat”..
    *Semoga perjuangan kita diredhai Allah selalu..Wallahua’lam..=)

  2. Salam akhi.Tahniah krn dapat mewujudkan blog kedua enta ni,ana harap blog enta ni sentiasa diaktifkan…….Insyaallah ini sbg permulaan enta menjadi ulama’ bloggers yang lebih hebat dan diberkati Allah….

  3. Syukran buat ukhti NurMunirah dan akhi ilhamkaza. Sama2 doakan. Masih banyak lagi kekurangan disebabkan usia blog ini yang masih baru. Insyallah ana cuba dengan sebaik mungkin..

  4. salam..tahniah.smg dpt beri manfaat utk dri sendiri dan orang lain.Teruskn pjuangn.

  5. Assalamualaikum.. syabas dan tahniah dengan kewujudan blog engineer tapi berjiwa dai’e..semoga terus istiqamah dengan dakwah tak kira apa cara sekalipun dan di mana jua kita berada. Fastabiqulkhairaat!

  6. salam..tahniah.ana begitu kagum dengan semangat ustaz yang berkobar-kobar utk menyebarkan islam.smg blog ini boleh membuka mata umat ialam dan bersama-sama ingin bersama pemimpin Islam yang sebenar.Takbir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: