Hidayah Yang Tersembunyi (Kisah Kawan satu Rumah) part#1

nobita dan giant..

Alhamdulillah, setelah sekian lama berhibernasi, akhirnya ada kesempatan jugak untuk saya berkongsi sebuah cerita. Sebuah kisah benar yang banyak memberi motivasi kepada saya untuk terus dan terus berdakwah. Saya bentangkan kisah ini kepada sahabat-sehabat seperjuangan, semoga ia memberi menfaat dan penambahbaikan kepada kita semua dalam menilai erti kehidupan seorang da’e.

Mungkin ramai dikalangan kita masih tercari-cari satu formula yang efektif dalam menyampaikan risalah agama kepada masyarakat disekitar, termasuk rakan-rakan kita di kampus. First of all, perkara utama yang perlu diketahui ialah mengkaji apakah sikap dan kehendak mad’u itu sendiri. Memang diakui kepelbagaian mad’u itu sendiri memberi perubahan kepada uslub dakwah yang memberi kesesuaian dalam menyampaikan risalah agama berdasarkan tahap kefahaman mereka.

Kisah kawan saya satu rumah

Saya pernah tinggal setahun bersama rakan-rakan serumah yang majoritinya mempunyai sikap atau trend remaja di zaman sekarang. Gemar berseluar jeans, sekali sekala menghisap rokok dan kebanyakan dah ada girlfriend. Mereka lebih pentingkan kehidupan diri sendiri dan dikalangan mereka daripada kepentingan di luar sana. Saya tak katakan mereka ini jahat, tetapi boleh saya salahkan kepada keadaan suasana sekarang yang datangnya dari Barat yang mempengaruhi pemikiran mereka. Saya salahkan negara kita yang sendiri yang menjadi negara sekular yang membiarkan budaya hedonisme berleluasa. Itu yang saya salahkan.

Kembali kepada kisah kawan serumah tadi, majoriti dikalangan mereka tidak meninggalkan suruhan agama yang wajib. Kecuali ada seorang rakan. Dia adalah seorang peminat muzik atau pun kita gelar sebagai ‘mat rock’. Sehinggakan di rumah kami ada 2 buah gitar. Saya pun first time dapat sentuh gitar. Maklumlah sifat pemuda, suka mencuba sesuatu. Namun bagi saya tak menjadi kesalahan jika mereka ingin menjadikan gitar sebagai hobi di waktu lapang. Cuma yang saya tak suka ialah jangan sampai tinggalkan suruhan agama yang wajib.

Saya pernah bertanya kepada si dia. Asal dari mana dan belajar bermain gitar daripada siapa. Dia menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga dan katanya dia belajar bermain gitar daripada abangnya. Saya akui dan membuat kesimpulan bahawa keluarga mereka sangat memandang remeh tentang ibadah solat. Dan itu bukan salah pada diri kawan saya itu sendiri. Dalam hati saya berkata

Nampaknya ketawa besarlah engkau rejim Yahudi dan Zionis, juga Iblis laknatullah, kerana usaha engkau merosakkan satu lagi institusi keluarga Islam telah berjaya.

Sungguh rasa menyesal dalam hati kerana kita tak mampu berbuat apa-apa dalam menghadapi situasi seperti ini.

Penyesalan yang tak sudah

Sesekali dalam bertahajud, ketika dahi sujud di atas tikar sejadah, saya merintih dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi hidayah kepada golongan seperti ini.

Ya Allah, Engkau mengetahui akan diri ini lemah, dalam menyampaikan risalah agamaMu. Engkau berikanlah hidayah kepada rakan-rakan terutamanya mereka yang berada di sekeliling. Sungguh diri ini tak mampu Ya Allah bergerak tanpa petunjuk dan inayah daripadaMu. Moga segala urusan dipermudahkan. Dekatkanlah diri mereka kepadaMu ya Allah.

Lantas mengalir air mata membasahi pipi.

Saya teringat kisah para sahabat dan golongan ahli sufi di zaman Rasulullah s.a.w. Ada salah seorang sahabat di zaman nabi, saya tak ingat namanya. Dia sentiasa bangkit solat tahajud di waktu malam. Ketika sedang sujud menyembah bumi, dia berdoa untuk sahabat-sahabatnya dengan menyebut nama mereka satu persatu. Sungguh dia mengambil berat akan perihal sahabat-sahabatnya sehinggakan nama mereka disebut satu persatu di dalam solat tahajud. Masyallah!

To be continue…

~ oleh ustaz2engineer di 13 April, 2008.

2 Respons to “Hidayah Yang Tersembunyi (Kisah Kawan satu Rumah) part#1”

  1. salam ya ustaz…
    alfu syukran atas jemputan ke teratak informasi ini…
    ana terharu baca kisah ini…mungkin kerana ana sbg hamba yg dhaif xboleh lari dr kesilapan…dn ana percaya setiap dari kita pasti pernah tempuhi zaman jahiliyyah…tapi itu bukanlah bermakna kita akan jauh dr HidayahNYa..yg penting usaha…jika bukan usaha kita sendiri, pastinya doa shbt2 juga blh menjadi sumbangan walaupun hanyalah sekecil cuma…sama2 lah kita mendoakan mereka…
    maaf terkomen panjang lebar…
    last but not least…ana xsabar nk tunggu sambungannya…
    salam mujahid…teruskan perjuangan…
    TAKBIR!!!

  2. nak tau sgt smbungan cite ni..
    sgt,sgt,sgt..
    cz sye pn atr glgn yg involve dgn remaja
    cmne nk attract bdk2 ni dlm mengenaliNYA..??

    TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: