Haram bagi seorang wanita..

•24 March, 2009 • 10 Comments

say-no-toPulang saya daripada bermain badminton bersama rakan sekelas malam tadi seakan akan ada sesuatu yang tidak kena.

Kebiasaannya saya pulang dengan hati sedikit girang dan puas apabila sempat bermain dengan rakan-rakan. Namun pada hari tersebut saya berasa sedikit kecewa, kerana iman di jiwa saya seakan akan menolak akan situasi yang berlaku pada saat itu. Continue reading ‘Haram bagi seorang wanita..’

Harap bersabar ye..

•16 November, 2008 • Leave a Comment

Salam ukhwah..alhamdulillah saya telah seslesai melalui 5 paper dalam final exam. Kini saya berada dalam fasa 3/4 daripada musim peperiksaan. Insyallah idea memang banyak untuk menulis tetapi fikiran menjadi berkecamuk kerana masih lagi ada dua paper yang belum saya menjawabnya. Pohan kemaafan kerana agak lambat untuk update kerana terpaksa tumpukan pada final exam. Insyallah banyak posting-posting terbaru akan menyusul kemudian. Harap bersabar..

Dokumentari – Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah

•11 November, 2008 • Leave a Comment

6 THINKING HATS

•6 November, 2008 • 5 Comments

six_thinking_hats_6x41

Salam pertemuan..

Dikesempatan masa yang ada dalam musim peperiksaan ini ingin saya berkongsi dengan anda tentang satu artikel menarik yang membincangkan tentang teori yang diperkenalkan oleh  Edward de Bono iaitu 6 Thinking Hats.

6 Thinking Hats adalah salah satu topik yang dipelajari di dalam kelas Critical and Creative Thinking saya. Kebetulan tak lama lagi saya akan mengambil exam untuk paper tersebut, maka ia mungkin menjadi advantages bagi saya dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk memahami definisi 6 Thinking Hats dalam versi Bahasa Melayu. (maklumlah, lecturer speaking fully english dalam kelas!).

Topik ini sangat menarik kerana ia menyentuh tentang cara pemikiran manusia untuk di aplikasikan di dalam bidang pengurusan dan juga penyelesaian masalah harian. Dan saya tak berhajat untuk menghuraikan secara detail tentang artikel ini disebabkan kekangan masa yang ada. Continue reading ‘6 THINKING HATS’

Tekad – Izzatul Islam

•3 November, 2008 • Leave a Comment

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri

Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da?wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Di sini ku temui Sang Murabbi..

•2 November, 2008 • 1 Comment


Masih lagi segar dalam ingatanku saat-saat indah ketika bertemu dengan abi. Pengalaman yang tak mampu ku huraikan dengan kata-kata, apabila melihat begitu indahnya budi pekertimu yang begitu menusuk kalbu.

Biarlah daku lakarkan potret indah di dalam coretan ini moga-moga ia menjadi taujihad dalam diriku dalam menghadapi gelombang tribulasi di samping menjadi pedoman buat sahabat-sahabat sekalian.

Continue reading ‘Di sini ku temui Sang Murabbi..’

Demam Peperiksaan!!

•29 October, 2008 • Leave a Comment

::SeLaMaT MeNgHadApI FiNaL ExAm::

Terutamanya kepada sahabat2 di kampus,

juga tak dilupakan kepada pengunjung

laman web ustaz2engineer.com


Moga dapat tingkatkan potensi diri,

menuju kecemerlangan yang gemilang

dalam pencapaian akademik.

Insyallah doa mengiringi kalian..


Sirah 1 : Menyelusuri pahit getir perjalanan Rasul akhir zaman

•29 October, 2008 • Leave a Comment

Sesungguhnya memahami dan menghayati sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan tuntutan seorang da’e supaya dapat merasai sendiri jerih payah baginda menyebarkan syiar islam bermula di kota Mekah hingga ke pelusuk dunia.

Ditambah pula kitab sirah yang telah dikarang sendiri oleh ulama’ yang mahsyur, terasa kemanisannya kerana jernihnya hati seorang ulama’ dalam memberi penerangan secara mendalam dan cukup menarik.

Continue reading ‘Sirah 1 : Menyelusuri pahit getir perjalanan Rasul akhir zaman’

Wahai adikku, mengapa engkau jadi begini?

•23 October, 2008 • 3 Comments

Suatu hari saya menerima sms daripada sahabat yang dikasihi.

“Akhi, ana perhatikan ramai dikalangan anak usrah anta dulu mempunyai masalah hati. Harap dapat membantu mereka.”

Saya merenung mesej itu dalam-dalam. Tergamam seketika. Tangan saya tak mampu menjawab sms itu. Continue reading ‘Wahai adikku, mengapa engkau jadi begini?’

5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!

•22 October, 2008 • Leave a Comment

Salam persahabatan. Saya mendapat artikel yang menarik ini daripada blog rahsiablogger.com. Ia amat menarik untuk dikongsi ilmu bersama terutamanya bagi mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia blogger. Semoga anda semua terhibur!

Continue reading ‘5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!’