Travelog Umrah : Perjalanan menuju ke Mekah

Suatu ketika saya menyampaikan hasrat hati untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

Melihat pemandangan Kaabah yang indah, suasana padang pasir yang tandus, juga pepohon tamar yang masak ranum ditambah pula kisah pengalaman sewaktu ibu dan ayah mengerjakan ibadah haji disana membangkitkan nawaitu saya yang sekian lama dipendamkan untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini.

Juga terimbas kembali nostalgia lama bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam kampus suatu ketika dahulu, kini merantau ke bumi Mesir menadah kitab di universiti Islam tertua di dunia.

Alhamdulillah, pada tahun ini Allah memakbulkan hajat saya. Miskipun tidak dapat bersama keluarga tercinta kerana masalah sedang sibuk menguruskan rumah baru yang sedang dibina. Saya akur dengan keputusan mak dan ayah.

Umrah saya ditemani bersama dengan atuk dan nenek. Kemudian mak long saya juga berhajat ke sana bagi menemani nenek yang kurang sihat walafiat.

Dalam diri saya terasa sedikit khuatir dengan soal kesihatan atuk dan nenek.

Pesan emak, “walaupun di Malaysia atuk dan nenek kurang sihat, mana tahu di Mekkah nanti Allah bagi nikmat kesihatan kepada mereka..”

mak dan ayah sewaktu menunaikan haji di Mekkah

Berdebar rasa hati

Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa berdebarnya hati ini ingin melangkah ke bumi para Anbia’. Terasa begitu besarnya dosa yang dipikul selama ini. Kemudian datang sebagai tetamu Allah s.w.t. Begitu jahilnya diri ini datang berjumpa denganNya.

Lalu saya bermunajat kepadaNya semoga dia mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan selama ini. Saya harap biarlah dosa-dosa saya diampuni sebelum saya melangkah ke sana.

Hati ini berkecamuk apabila mendengar kisah-kisah mereka yang pernah mengerjakan haji atau umrah. Betapa Allah membayar ‘cash’ akan dosa yang pernah dilakukan oleh hambaNya di tanah suci.Ada yang sesat sewaktu pulang ke hotel, ditimpa penyakit misteri, koma dengan mengalami azab dineraka dan sebagainya.

Segalanya Allah tunjukkan sejajar dengan perbuatan hambaNya di dunia sebagai pengajaran.

BukuTravelog Haji

Mak dan ayah menyuruh saya membaca buku-buku agama yang berkaitan dengan haji dan umrah. Ayah saya pernah bertanya,”cuba terangkan apa dia rukun haji”. Lalu secara berseloroh saya menjawab, “suami, isteri, wali dan…..” pendek kata, ilmu yang tidak digunakan sukar untuk dingati. Kesimpulannya manalah saya tahu.

Lalu suatu hari saya berhajat ke kedai buku agama. Dalam benak fikiran saya hanya sebuah buku sahaja yang saya mahu belikan, iaitu buku best seller keluaran syarikat PTS sdn.bhd, iaitu Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman hasil nukilan Prof.Dr.Mohd Kamil.

Namun apa yang menghampakan saya buku tersebut telah habis dijual. Namun penjual di situ memberitahu terdapat buku edisi selepasnya, iaitu Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok.

Lalu saya pun terus membelinya tanpa segan silu.

Insyallah penceritaan tentang Prof.Dr.Mohd Kamil dengan bukunya akan disusuli pada artikel berikutnya..

To be continue..

UstazEngineer,
February 2010

~ oleh ustaz2engineer di 22 Februari, 2010.

Satu Respons to “Travelog Umrah : Perjalanan menuju ke Mekah”

  1. aku sangat ingin pergi ke mekah mudah mudahan allah memangil aku ke mekah amin ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: