Selayang Pandang Melawat Pameran Buku Antarabangsa di PWTC

buku yg saya beli sms di PWTC..

Alhamdulillah, segala pujian pada Allah Tuhan semesta alam. Baru-baru ini saya berkesempatan melawat Pameran Buku Antarabangsa di PWTC,Kuala Lumpur. Pameran tersebut sentiasa diadakan pada setiap tahun, cuma bagi saya ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di sana. Miskipun perjalanan agak jauh dan juga agak meletihkan, tapi akhirnya Allah memberi kesempatan pada saya untuk melawat pameran tersebut dan hajat saya untuk bertemu sahabat lama di sana telah kesampaian. Jadi saya rasakan pada hari itu sangat bermakna.

http://ustaz2engineer.wordpress.com/wp-includes/js/tinymce-122/plugins/wordpress/img/trans.gif

Pengalaman Berharga

Semasa memasuki pintu besar PWTC, saya agak kaget kerana tak biasa dengan keadaan di sana. Tambahan pula saya melawat pameran tersebut secara berseorangan. Kadang-kadang terasa boring bila berjalan berseorangan. Suasana pada hari tersebut sesak dengan orang ramai, maklumlah dah masuk hari kedua terakhir sebelum pameran tersebut menutup tirainya.

Suatu perkara yangmenarik perhatian saya ialah melihat penampilan orang ramai yang berkunjung ke sana. Kebanyakan daripada mereka muslimat ada yang memakai tudung labuh, muslimin ada yang berjubah. Ada di kalangan mereka yang membawa anak-beranak,jarang nampak pasangan datang dengan bercouple. Suasana sebegini jarang dapat dilihat di tengah ibukota.

Tak ada Duit..

Kemudian hendak dijadikan cerita,dengan berbekalkan duit yang cukup-cukup untuk beli sebuah buku, sudah tentu rasa tak berbaloi datang ke tempat tersebut yang sukar untuk dapatkan di kedai-kedai biasa. Lalu saya buat kesimpulan untuk membeli buku terbaik yang sangat saya perlukan pada ketika ini. Lalu saya jalan punya jalan, tawaf beberapa pusingan di setiap gerai, akhirnya saya ambil keputusan untuk beli sebuah buku yang amat berharga bagi diri saya.

Buku ini bertajuk “PETUNJUK BERDAKWAH DENGAN BERKESAN” karangan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni. Siapa yang tak kenal Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, salah seorang pendakwah terkenal pada masa kini. Buku best sellernya yang terkenal, La Tahzan telah mencuri hati segenap peminat di seluruh dunia. Sehinggakan buku motivasi Islam beliau yang tersohor dijual begitu laris didalam galeri tersebut seumpama ‘pisang goreng panas’.

Kenapa Saya Memilih Buku Ini?

Mungkin ada yang bertanya mengapa saya memilih buku ini. Salah satu perkara paling utama dalam pemilihan buku ialah saya melihat kepada siapa pengarang buku tersebut. Bagi saya Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni adalah salah seorang motivator Islam yang hasil nukilannya adalah yang terbaik setakat ini.

Saya menyebut beliau sebagai motivator Islam ialah kerana cara persembahan beliau yang lebih ke arah membina moivasi dalam jiwa muslim. Motivasi ini sudah pasti banyak terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Namun cara pengolahan beliau cukup menarik, sehinggakan ada di kalangan mereka yang berubah sikapnya setelah membaca buku-buku karangan beliau.

Berbalik kepada buku yang saya pilih, selaku seorang da’e seharusnya perlu memiliki buku tersebut. Ataupun buku yang seakan akan sama seperti buku tersebut. Buku yang memberi guide line dan skills dalam teknik penyampaian dakwah yang berkesan.

Advantages

Buku ini sesuai dengan pendekatan dakwah masa kini tanpa mengabaikan sunnah baginda dalam menyampaikan risalah agama yang mulia. Saya yakin Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni adalah seorang yang umurnya dipertengahan usia, sesuai dengan zamannya untuk relate dengan situasi sekarang.

Mungkin cukup setakat itu celoteh saya, saya tak berniat untuk menghurai lebih penjang tentang isi kandungan buku tersebut. Insyallah jika ada kelapangan saya akan cuba kongsi isi kandungan buku tersebut untuk tatapan bersama. Wallahua’lam..

~ oleh ustaz2engineer di 13 April, 2008.

2 Respons to “Selayang Pandang Melawat Pameran Buku Antarabangsa di PWTC”

  1. salam.hah boleh lah pinjam nanti bila blk kampus. ana cop dulu ye buku tu.ingat tau.ana nk pinjam.seminggu je..hehe.

  2. salam..ana pun ada beli buku tu,kali pertama tengok dah tertarik,buku tu mmg bagus & cukup bermanfaat.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: